Wednesday, August 15, 2012

Friendship :')


Assalammualaikum
                Rindunya blog iteeeeee hikhikhik. Sihat tak? Eh kejap2 nak tiup habuk2 ni dulu. Fuhhhh hihi. Eh dah nak raya baru aku sibuk nak update blog. Yela, baru ada masa kan. Bajet artis je menyampah. Eh serious memang busy gila kot sem 5 ni. Pening kepala dibuatnya. Ni dah nak cuti raya ni ada lah waktu lapang sikit.

                Sebenarnya dah bosan cakap pasal ni tapi takpe lah aku nak cakap jugak. Persahabatan tu dah lama tapi aku tak sangka jadi macam ni. Mungkin aku bukan kawan yang baik. Aku minta maaf. Dia minta biar dia ada didunia dia sendiri. Maksudnya tak perlu lah aku menyusahkan dia dengan cerita2 aku ke nak minta tolong ke nak mengadu apa2 ke kannnn. Senang cerita tak payah lah aku cari dia lagi. Biarlah dia dengan hidup dia. Macam tu.

                Allah dah tunjuk dia macam mana. Dulu dia tak macam ni. Aku tak sangka dia pun macam tu. Oh mungkin aku sangat bukan kawan yang baik kan. Ya Allah, aku minta maaf pada dia.

                Sedih wei. Tipu kalau tak sedih. Semua memories, pahit manis. Dia susah senang. Macam mana rapat dia dengan keluarga aku. Ya Allah, sedihnya bila last2 macam ni. Aku harap dia bahagia dengan hidup dia. Aku terkejut bila nampak dia yang ini. Seriously aku tak pernah nampak dia yang ini. Oh takpe lah, dia pun ramai kawan yang boleh dia kongsi susah senang.

                Aku minta maaf banyak buat perangai. Kau pun dah penat dengan aku. Aku bukan kawan yang baik. Kalau aku kata kau salah, kau akan kata aku nak salahkan aku. Tak lah, aku tak salahkan kau. Aku yang salah. Tapi percayalah, semua yang aku buat ada sebab. Bukan aku ikut orang atau saja2 nak sakitkan hati kau. Aku menyusahkan kau. Aku tak pernah senangkan hati kau. Ya Allah aku minta maaf. Banyaknya salah aku dengan kau.

                Start dia cakap macam tu aku pun dah tawar hati. Sedih yang teramat. Lagi2 bila bayangkan memories. Allah, sedihnya! Aku tahu Allah bersama aku. Ada hikmah semua ni. Untuk kau, berbahagia lah hendaknya. Hargai kawan2 kau yang selalu dengan kau tu ye :’)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)