Thursday, May 10, 2012

Pergi Tak Kembali- AlFatihah

Assalammualaikum

Hai. Masih dalam kesedihan dan rasa kehilangan. Kawan aku, pernah jadi classmate, pernah jadi kawan gelak ketawa, usik mengusik. Kawan yang selalu ceria dan ketawa serta tak lokek senyuman.

7.5.2012
Tarikh yang buat aku dan kawan yang lain tak dapat lupa. Aku terkejut dan juga rasa tak percaya. Terkesima sebentar. Dapat berita kehilangan kawan kampus buat selama-lamanya. Ya Allah, rasa sedih sangat dan takut. Arwah berumur 20 tahun dan masih menuntut di Kampus Bandaraya Johor Bahru mengambil jurusan akaun.

Aku tak lah rapat dengan dia, tapi selalu bertegur sapa dan bergurau dengan dia. Dia baik sangat, peramah, tak lokek dengan senyuman, seorang perempuan yang solehah. Ramai yang menyebut tentang beliau. Even ramai yang tak rapat dan cuma kenal gitu2 je tapi semua rasa kehilangan. Satu kampus rasa kehilangan beliau. Ramai yang ikut menyusung jenazah beliau sehingga dikebumikan. Tak dapat digambarkan semua kenangan dan kata2 yang pernah dia cakap kat aku. Gurauan dia tu kelakar sangat :')



Bersemadi lah dengan tenang Dekjah :') Semua orang rindukan kau. Aku percaya, kau akan bahagia di dunia sana. Kami semua sayang kan kau, semua rindukan kau, semua rasakan kehilangan kau. Tapi kau beruntung, Allah lebih sayangkan kau. Doakan aku kat sana dapat dekan ea Dekjah? Janji tau! :')



Bismillah. Sungguh. Ajal itu buta. Tak mengenal usia. Semoga pemergian beliau cukup untuk mengetuk hati-hati kita yang sentiasa leka ini untuk kembali ingat kepadaNya.

DariNya kita telah datang, kepadaNya jugalah kita akan kembali.
Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris.
Dalam kenangan. 19.10.1992 -7.5.2012.
AlFatihah.
Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)