Tuesday, April 10, 2012

Thank You Allah

Assalammualaikum

Amboi blog pun dah ada new look laaa :O Oh haii sihat tak? Aku sihat je Alhamdulillah. Baru start intersesi kelas untuk FAR. So far so good dan aku harap semua berjalan lancar.

Kadang2 bila rasa hidup dah bahagia, ada ramai kawan, keluarga pun harmoni, kita lupa pada Pencipta. Kita lupa yang kita hidup ni semua dalam aturanNya.

Bila kita sedih kita lupa yang Allah ada untuk mengubat duka kita. Kita lupa sampai buat benda yang bukan2. Lupa yang kita hidup ni dipinjamkan dari Nya.

Mai duduk sebentar, fikir sebentar

Allah ada masa kita perlukan dia atau tak. Jangan kata Allah tak sayang kita. Allah bagi kita pelbagai dugaan dan cabaran untuk kita sebab Dia tahu hamba Dia boleh hadapi. Jangan mengeluh tapi mengadu lah pada Allah. Minta dia kekuatan. Don't think that you are alone when you have no friends, you have no family, you have nothing. You are not alone. Allah always by your side.

Sebanyak mana dosa kita, sebesar mana dosa kita, bertaubat lah, Allah Maha Pengampun. Jangan kata kau dah tersasar jauh kau tak layak nak minta keampunan dariNya. Ya Allah, Dia Maha Pengampun, Dia akan dengar setiap doa kita walaupun dalam hati, walaupun hanya terlintas di fikiran.

Bila aku berfikir sejenak, aku bayangkan betapa banyak dosa aku dalam dunia ni. Dosa aku pada Allah :'( Banyak dosa aku. Tak terkira. Setiap kali kenangkan itu, setiap kali jugak lah airmata aku mengalir. Boleh ke Allah maafkan dosa aku yang sebanyak tu? Boleh ke aku jadi umat yang mulia di mata Dia?

Boleh.

Allah Maha Pengampun dan aku sangat2 percaya itu. Allah Maha Segalanya. Aku yakin sangat2. Sebab tu aku tak henti2 berdoa supaya Dia ampunkan segala dosa2 aku. Ampunkan segala ingkar aku selama ni :'(((

Nikmat yang Dia beri tak terkira. Memang tak terkira. Terlalu banyak sampai aku sendiri tak sangka. Ya Allah, hikmah Dia terlalu indah. Hikmah yang Dia beri terlalu bermakna :')

Keluarga, kawan, nikmat hidup semuanya kurnia Dia :')))

Terima Kasih Allah! Terima Kasih Allah!

Kau berikan kesempatan ini. Kau berikan cahaya ini untuk terus bersyukur dan taat padaMu. Kau beri kesempatan untuk kembali ke jalanMu sebelum kau ambil kembali nyawa ku. TERIMA KASIH ALLAH :')))

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)