Monday, April 2, 2012

The end of semester 4


Assalammualaikum

Haiii. Kita baru habis exam. Alhamdulillah semua okay. Ni cuti 2 bulan. Nak tahu cuti ni buat apa? Cuti ni aku nak jalankan sesi diet dan exercise aku yang dah lama tergendala. Semua sebab stress belajar -,- So cuti2 ni boleh lah laksanakan dengan sebaiknya. Insyallah. Disiplin tu sangat penting kalau nak kurus ni. So aku akan disiplin! Akan ikut balik diet yang aku buat masa cuti sem lepas tu.

Oh sebenarnya aku nak cerita pasal berakhirnya semester 4 untuk aku. Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru semalam aku masuk. Memang cepat betul masa berlalu! Nak diikutkan, aku tak terasa sem 3 pun tup tup dah habis sem 4 pulak. Pelik kan? Masa memang cepat berlalu. Aku pun makin dewasa. Dah 20 dah. Eh 2 tahun sebenarnya hihihi.

Semester ni aku rasa best sangat. Dapat kelas yang best, kawan yang happening. And you know what, aku tak miss satu kelas pun. Semua kelas aku pergi. Nak dikatakan, sem ni sem yang paling rajin aku pergi kelas hihi. Alhamdulillah. Lecturer pun dapat yang best2. Semua suka ajar kelas aku kelas 4c. No wonder lah ada kelas yang jealous opss! Hihi.

Actually tak perlu jealous atau pun kutuk2 belakang ke apa. Lecturer dah macam mak ayah kita tau. Macam mana kita ambil hati mak ayah kita, macam tu lah kita kena ambil hati lecturer kita. Mereka ni pendidik, sekali mereka marah, tak berkat ilmu kita same goes with our parents.  So perangai tu jaga2 lah, masing2 dah besar. Takkan nak kena rotan kat tangan lagi macam sekolah rendah dulu? Hihi.

Semuanya manis untuk semester 4 ni. Aku enjoy sangat belajar. Mungkin pilihan aku kali ni betul. Lagi lah dengan kehadiran kawan2 yang banyak membantu. Aku pun akan rindu budak dorm aku. Diorang happening gilaaaaaa. Aufa, Kecik, Pikot, Mun, Qila, A’an, Hada, Aini, Wawa, Ika, Nad, Sarah, Mimi dan Ziana. Diorang semua happening sangat. Rindu nak makan sama2 lagi and basuh pinggan sama2. I will miss you all. Next sem tak tahu lah dapat hostel ke tak kan -,- Untuk Ain, Hada, Aju ahhhh rindu sangat denagn korang. Mesti rindu gila2 nanti. For my bestfriend Ida, rindu you. Jumpa next sem tauuuuuu.

Harapan? Emm mestilah nak dapat result yang baik. Tak dekan pun takpe tapi nak 3 pointer. Kalau dekan pun Alhamdulillah, dah rezeki kan. Aku harap pun kawan2 aku sekarang ni, ini je lah, aku taknak kurang lagi. Taknak diorang pergi. Sebab diorang yang terbaik. And for me, of course I will try to improve myself to become the best Muslimah dan mulia disisi Allah. AMIN

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)