Monday, April 2, 2012

Cinta Dia Kerana Allah


Assalammualaikum

Hai. Baru pukul 7 pagi. Tadi lepas solat Subuh, baring2 kejap nak lelap kejap ke apa, tapi tiba2 ada idea nak update blog pulak hihi. Bila dah selalu ada orang di sekeliling ni macam2 ragam dan perkara yang buat aku buka mata. Bila tengok, aku pernah rasa macam tu. Macam tengok diri sendiri pun ada.

When you love someone, love him/her because of Allah. Tak susah pun, sayang Allah lebih dari sayang manusia. Based on my experience, bila kita lupa Allah, taknak cari kasih Allah, selalu menagih sayang manusia, that’s not worth because once ditinggalkan, I’m hurt a lot. Aku dah rasa.

Especially for girls. Aku tau sangat bila girls sayang ni macam mana. Kebanyakan girls akan sayang sangat2 dengan boyfriend dia. Tak kira lah lama kenal or baru kenal, bila rasa sayang tu dah muncul, akan jadi selama2nya. Still wujud istilah lelaki senang cari pengganti lepas putus. Some of them. Kebanyakan. Macam baru seminggu couple dah dapat pengganti. That’s boy. He want to forget the girls, he find someone else.

Rasa sayang tu still exist even her ex boyfriend already have a new girlfriend. Walaupun diorang putus sebab lelaki tu curang ataupun dia tipu, still juga rasa sayang tu macam sampai akhir hayat. What you gonna to do? Berdoa pada Allah. He knows everything. Even orang yang kau sayang tu dah ada orang yang istimewa, doa pada Allah yang kau nak dia jadi jodoh kau. Allah knows. Cuma Allah je tau siapa jodoh kita. Tapi bila kita kehendakkan sesuatu, minta lah pada Allah. Kau tak perlu merampas atau balas dendam or whatsoever.

Insyallah, Allah akan beri petunjuk. If that boy memang betul2 jodoh kau, dia akan beri berdasarkan kesungguhan kau untuk memiliki.  Tapi kalau dia bukan milik kau, Allah juga akan tunjuk kenapa dan sebabnya and He will give you someone more better.

Kalau kau terlalu rindukan dia, berdoa lah pada Allah. Mengadu pada dia. Menangis lah di depan dia. Jangan lah kau buat benda2 yang tak elok. Baca Alquran, solat sunat. Selalu lah dekat pada dia. Sebab tu aku kata, kalau kau letak Allah yang pertama, Insyallah Dia selalu ada dengan kau even kau hurt macam mana sekali pun. Bila kau kehendakkan dia kerana Allah, ypu will be happy to love him even he already have another girl.

Tak perlu bagitau satu dunia yang kau rindukan dia. Buat apa? Cara tu boleh buat orang fikir bukan2. If you really want to talk, cari lah teman yang betul2 boleh di ajak berbual. Especially kawan rapat lah kan. Ada yang buat mak, ibu atau mama dia kawan rapat kan. Itu lagi bagus, minta nasihat orang yang lebih berpengalaman much better right. Bercakap dengan orang yang boleh bagi kau semangat dan nasihat dan boleh jaga rahsia kau dengan baik. Tapi sebaik2nya, mengadu lah pada Allah. At least kau tak malu nak nangis depan Dia.

Carilah cinta manusia yang boleh membawa kita ke arah kebenaran, tapi setia lah dengan cinta Allah kerana cinta itu semestinya akan bawa kita ke arah yang benar. Don’t hurt too much girls, Allah always by your side. Don’t cry too much girls, menangis lah kerana dosa kita yang tak terkira banyaknya. Wassalam :’)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)