Monday, March 5, 2012

Penghijrahan ini hingga hujung nyawa

Assalammualaikum

Hai. Apa khabar? Aku Alhamdulillah semakin tenang. Penghijrahan ni buat aku semakin tenang. Hijrah apa pulak ni? Bukan hijrah yang pergi Mekah tu. Itu Inshallah satu hari nanti akan pergi dengan semua family :)))

Ramai tanya kenapa? Macam mana? Siapa? Bagaimana? Apa? Banyak kan tanda soal? HAHAHA Tu lah yang orang tanya pada aku dan aku cuma jawap, dah tiba masa :')

Bukan nak menunjuk atau riak, cuma nak kongsi kan pengalaman ini pada semua.

Aku pergi kelas tak pernah bertudung. Kalau ada kelas agama baru lah pakai tudung, kalau tak memang tak lah nak bertudung. Macam2 aku cakap kalau nak bertudung ni. Panas lah, rimas lah. Senang cerita memang tak suka bertudung! Sebab tu jugak lah ramai tanya betul ke aku betul2 nak bertudung? Betul ke kau ni?

Banyak dugaan dan ujian yang Allah timpakan pada aku. Bermula dari episod sedih sampai kegembiraan. Sikit pun aku tak bersyukur dan tak pernah ucap terima kasih. Sampai tiba satu episod sedih yang aku takkan lupa sampai bila2.

Mama sakit dan berhari2 terlantar di hospital. Mama kena bedah, Mama merana kesakitan. Sampai aku jarang ke kelas sebab jaga Mama. Sampai tak cukup tidur segalanya sebab nak jaga Mama. Masa tu tak tahu lagi nak buat apa. Tak tahu nak sembuhkan Mama macam mana. Sampai lah tiba2 aku ingat ayah pesan solat jangan tinggal. Selalu doa dan minta pada Allah yang Mama selamat. Masa tu lah baru aku sedar yang aku jarang meminta dan berdoa pada dia.

Mama keluar hospital tapi kena makan ubat banyak sangat. Kena selalu jumpa doktor. Pembedahan kecil tu buat Mama tak senang duduk, pinggang sakit, tubuh badan semua sengal2. Start hari tu aku selalu solat dan hari2 minta pada Allah untuk pulihkan kesihatan Mama. Sekarang Mama dah sihat. Dah tak payah makan ubat banyak2. Jumpa doktor pun tak selalu. Mama dah boleh masak, buat kuih, buat semua yang dia nak :') Dan sampai sekarang aku tak berhenti mendoakan kesejahteraan Mama dan juga Ayah.

Aku terfikir, Allah bagi Mama sihat. Allah bagi aku keluarga yang bahagia. Allah makbulkan doa aku. Tapi kenapa aku tak boleh ikut apa yang DIA suruh. Terutama menutup aurat. Kenapa? Sebab aku masih tak bersyukur. Tak bersyukur dengan apa yang DIA bagi.



Disebabkan itu juga, hari2 aku berdoa. Tak putus2. Berikan pada aku hidayah Ya Allah. Bukakan hati ini untuk mengikut segala perintahmu. Berikan keyakinan dan kesetiaan untuk menjalankan kewajipanmu. Hari2 aku minta.

Mula dari saat itu juga, pelbagai berita kematian aku terima. Setiap kali itu juga lah, perasaan takut mula menyelubungi diri. Sampai aku menangis2 bila bercerita tentang kematian dan seksaan di akhirat kelak. Teringat dulu ayah selalu ceritakan seksaan kat kubur nanti, tapi masa tu mana ambil endah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebelum aku memilih untuk berhijab, aku terima satu lagi berita anak kawan Mama meninggal sebab excident. Arwahnya muda lagi, hampir nak bertunang tapi Allah lagi sayangkan dia. Cuba bayangkan nyawa aku di tarik saat ini ya Allah, aku tak sempat nak buat semua, tak sempat bertaubat, tak sempat balas jasa Mama dengan Ayah, tak sempat nak bina kerjaya, tak sempat semua. Ya ALLAH :'( Mula dari saat itu terbit perasaan yang aku takut mati! Aku takut mati Ya Allah :'(

Saat aku dekat kembali mengingati Allah dan dekat pada dia saat aku kehilangan seseorang yang aku rasa tak boleh hidup tanpa dia ketika itu. Dulu aku punya seorang teman lelaki. Sayang aku dengan dia melebihi sayang aku pada Allah. Ketika itu dalam hati ni hanya ada dia tetapi tiada ruang untuk Allah :'( Sampai aku tak boleh hidup tanpa dia, terlalu sayang, terlalu percayakan dia, terlalu setia sampai tak ingat yang Allah selalu ada dengan aku.

Sampai satu tahap hubungan kitorang, dia nyatakan yang dia bosan, takde mood nak bercouple masa tu. Saat tu aku sedih sangat sampai tak boleh buat apa2. Sedih sampai rasa macam nak bunuh diri ketika itu. Tak ingat yang Allah ada. Tak ingat yang aku boleh mengadu pada Allah. Astagfirullah :'(

Lama juga aku nak pulihkan semangat ini. Sejak itu aku kembali ingat pada Allah. Baru aku sedar yang kesedihan itu aku boleh kongsikan dengan Allah. Aku minta tabahkan hati. Aku minta bantu aku lupakan dia. Aku minta supaya kuatkan hati aku.

Setahun aku cuba lupakan dia. Alhamdulillah, rasa kecewa, sakit dan segalanya sudah hilang. Dia kurniakan aku pelangi yang indah. Nak tahu pelangi tu siapa? Kawan2 aku :') Masa aku rasa aku takde siapa2, kawan2 aku ada dengan aku. Diorang lah penghibur hati, peneman hati. Nak tahu siapa lagi pelangi tu? Family aku. Especially Mama yang tak putus2 bagi nasihat :')


Allah dah tetapkan jodoh kita. Cuma yang perlu sekarang ni tetapkan hubungan kita dengan Allah. Dia pasti akan beri jodoh kita cuma masa belum lagi. Bila kita betul2 dah bersedia, Inshallah, dia akan beri.

Bila renungkan kata2 kat atas ni, aku mula terfikir, sikap aku dulu yang terlalu berharap dan sayang pada orang buat aku lupa yang bila2 masa saja nikmat itu Allah akan tarik. Perkara itu telah pun terbukti :') Bila kesedaran tu mula berputik di hati, aku mula mengorak mencari keredhaan Allah. Minta dan merayu kepada Allah. Mengadu segalanya pada Allah :'(


Ketika Allah SWT rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. hadis riwayat Thabrani dari Abu Umammah,Allah SWT berfirman:"Pergilah pada hambaku,lalu timpakanlah ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya"

Subhanallah :'( Betapa Allah rindukan kita sebab tu dia timpakan kita ujian :'( Ingat masa kita lupakan Dia, masa kita tak ingat Dia, Dia rindukan kita :'( Insaf sungguh diri ini. Terharu sungguh :'(

Ada lagi beberapa peristiwa yang buat aku ingin melakukan perubahan ini. Allah dengar doa aku. Dia kabulkan doa aku dengan kuasa Dia. Terima kasih Allah :') Terima kasih sangat2.



Dan bermula dari detik itu, aku berjanji akan penuhi segala perintahnya macam mana dia kabulkan doa aku. Dia sihatkan Mama, Dia ada masa aku kesedihan, Dia beri aku petunjuk, Dia beri aku pelangi2 yang indah :'))) Aku janji takkan berpaling lagi. Aku janji Ya Allah! Tak tertanding dengan segala yang Dia bagi pada aku. Memang tak setanding :'( Aku akan berusaha menjadi muslimah yang terbaik Inshallah :')

p/s: Allah beri petunjuk dan hidayah setiap manusia berbeza2. Ada yang mendapat memakai hijab tetapi hatinya belum lagi terisi dan ada yang hatinya terisi tetapi belum bersedia memakai hijab. Sesungguhnya setiap yang berlalu ada hikmahnya dan sentiasa lah memohon petunjuk dari Allah. Utamakan Allah dalam segala hal :')

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)