Friday, March 16, 2012

Mengapa perlu bersedih?


Assalammualaikum

Hai. Sihat? Aku sihat Alhamdulillah. Semakin berusaha dekatkan diri pada Allah dan juga nak jadi muslimah terbaik.  Amin :)

Eh sebenarnya sejak2 ni banyak aku baca dan dengar rintihan orang putus cinta ni. Nak dikatakan ramai juga lah. Kebanyakannya disebabkan curang. Let be not blame anyone but tengok diri sendiri.

“Dah setahun couple tapi dia senang je dah ada pengganti. Baru berapa minggu putus. Tapi kenapa aku tak?”

Ini yang aku pernah baca. Emm situasinya sama macam apa yang aku pernah alami. Malah lagi lama. Sebabnya senang je, kau akan jumpa yang lebih baik. Bila dia boleh buat kau macam tu, dia pun boleh buat perempuan/lelaki lain macam tu.

Jika terlalu berharap dan taksub dengan sesuatu nikmat itu, bila2 saja Allah boleh tarik nikmat tersebut.

Bila kita sayang kan seseorang atau cintakan seseorang, letak Allah yang pertama dalam hati kita. Sayang dan cinta lah manusia kerana Allah. Inshallah, Allah selalu ada dengan kita even satu hari nanti kita dah takde siapa2.

Bila Allah hilang kan sesuatu atau seseorang dari kita, banyak hikmahnya. Perbaiki hubungan dengan Allah, dan itu akan buat kita sedar betapa kita alpa saat kita bahagia bersama insan sampai lupa tentang Allah.

Jangan persoalkan kenapa? Siapa? Apa? Sebab apa yang jadi, semua aturan Allah. Hanya Allah yang tahu semua. Semua kerja Allah.

If you dont’t know how to love yourself, don’t fall in love

Allah suruh kita jaga diri kita, sayang diri kita sendiri. Hindarkan semua maksiat, kesakitan dan kekufuran. Bila belum bersedia menyayangi seseorang, muhasabah diri sendiri, apa yang terbaik kau pernah buat untuk diri sendiri, keluarga dan Allah? Think yourself.

Sayang manusia kerana Allah lebih baik. Ingat, kau ada Allah. Sejauh mana kau kecewa sampai rasa nak terjun bangunan tu, ingat lah Allah, minta pada Allah, merayu pada Allah. Inshallah dia makbulkan.  Dia Maha Mendengar.

Jodoh dan pertemuan juga di tangan Allah. Takde siapa tahu rencananya. Jadi, sebagai manusia, berdoa lah lebih baik, doa yang baik2 untuk kita. Usaha tanpa doa pun tak guna kan? So ingat Allah dalam semua perkara.

Semua jadi ada hikmah. Don’t give up because still have people will love you every rest of their life. Don’t be sad.

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)