Monday, March 5, 2012

Kerja ALLAH

Assalammualaikum

Hai. Apa khabar? Aku sihat je ni Alhamdulillah. Cuma seteressss sebab nak habis sem ni lah assignment melambak lambakkkk -,-

Bukan kuasa kita nak tentukan semua perkara. Even benda kecik pun, kita cuma mampu merancang, Allah yang menentukan. Lagi bagus kalau seiring dengan usaha, Inshallah Allah akan makbulkan.

Tapi, ada juga insane yang tak reti bersyukur. Bila dah hilang dan tak dapat digapai baru ternganga. Mula lah sesi meroyan sana dan sini.

Bercakap soal jodoh, bagus kalau kita saling sayang menyayangi dan percaya antara satu sama lain. Tapi jangan lah sampai sayang tu lebih dari sayang kau pada yang lebih penting. Contoh lah kan kalau pasangan kau tu ada orang admire ke ada orang rindu atau sayang ke, tak perlu meroyan sana sini. Bercerita pada kawan tentang itu dan ini. Yang cerita betulnya takpe lah, balik ke cerita yang fitnah tu apa cerita pulak?

Jangan menghukum orang sesuka hati. Kalau nak kan kepastian, tanya lebih baik. Kan senang. Ni nak ajak kawan ramai2 serangggggg. Dah macam nak pergi berperang pulak kan HAHAHA. Not matured at all. Jangan perasan yang pasangan kau tu hanya ada sorang di muka bumi Allah ini.

Kalau dah insecure sangat, meroyan sana sini, bercerita itu dan ini tapi bukan jodoh kau, macam mana pulak tu? Lebih baik kau berdoa, minta pada Allah supaya panjangkan jodoh kau dan dia, hindarkan segala kesulitan, kan lebih baik dari kau meroyan, menghukum orang tak tentu pasal.

Ingat, pengalaman mematangkan kita. Perasaan terlalu sayang, terlalu mengharap sampai tak boleh hidup tanpa dia, sampai terlalu taksub dengan perasaan tu aku pernah rasa. Perasaan itu lebih dari cintakan manusia dari cintakan Allah. Sampai lupa kat mana perasaan itu. Perasaan taksub itu lah yang membuatkan ALLAH TARIK BALIK DIA yang aku perlukan. Kitorang putus dan Allah jauhkan dia dari aku. So conclusion dia macam ni lah, kalau kita terlalu pegang sesuatu tu bila2 Allah boleh tarik balik nikmat tu.

Sama2 kita kongsi pengalaman dan pengajaran. Aku tak sempurna, aku tak baik sangat, selalu buat silap. Kalau dah nama manusia, memang selalu buat silap. Beringat untuk diri sendiri juga yang baru belajar untuk menjadi makhluk Allah yang taat :’)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)