Saturday, March 24, 2012

24 Mac 1992

Assalammualaikum

Alhamdulillah, dah masuk 20 tahun aku tahun ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahir -,- err ada macam dalam novel tak ayat aku? Hihi. Oh haii. Ni entry birthday gua. Cehh macam artis pulak hihi.

24 Mac 1992. Tarikh ni lah aku di lahirkan. Ramai juga tanya pukul berapa tapi aku tak tau aku lahir malam ke siang ke tengahari ke. Yang penting aku dah lahir lah.

Ahamdulillah, masih panjang umur lagi untuk menikmati hidup yang sementara ni. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan nyawa ini. Dosa terlalu banyak seperti pasir di lautan. Dan syukur juga kerana masih sempat bertaubat dan menjadi muslimah sejati.

Kalau diberi peluang untuk putarkan masa, aku taknak. Aku takkan ambil peluang tu. Aku taknak putarkan benda yang dah jadi. Aku taknak. Cukup lah dengan apa yang aku ada sekarang ni. Aku ada family yang bahagia, kawan2 yang baik dan lovely, kehidupan yang sempurna. Semua tu lebih dari cukup. Dan yang penting, aku ada Allah yang selalu ada dengan aku susah dan senang.

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Err aku tau ayat agak skema tapi ahh peduli apa aku! Hihi. Okay2 serious. Memang pengalaman banyak ajar aku. Not really matured but I can think wisely. Kesedihan, kesusahan, kegagalan dan kapayahan menjadi kan aku lebih matang dalam menilai keputusan Kalau dulu buat keputusan terburu2 tanpa berfikir. Alhamdulillah, kini aku lebih tabah dan sabar.

Macam mana nak jadi tabah? Solat lah hari2, berdoa, baca Al Quran. Inshallah pelindung hati itu ada. Macam mana nak rasa bahagia hari2? Selalu ingat Allah jika rasa sedih, Inshallah kegembiraan terasa.

Kalau dulu takde boyfriend rasa macam sunyi je hari2, macam takde peneman lah kononnya. Mashallah. Salah rasa tu. Sekarang takde boyfriend pun aku rasa jiwa aku terisi. Rupa2nya ramai lagi orang yang mengisi hari2 aku dengan kebahagiaan. So what for if I have a boyfriend?

Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih atas semua kurniaan rezeki, kesihatan, nikmat yang tak ternilai. Terima Kasih Allah :’)

 Nuramira Suhaidah Binti Zulkainiri

2 comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)