Friday, December 23, 2011

Mari kita bergerak ke depannnnnn

Assalammualaikum

Hai. Esok nak pergi trip kelas ni aku tak reti2 nak tidur kan -,- Alaa takpe laaa. Sekali ni je nak berkarya sikit hihi. Bukan apa, berapa hari ni banyak aku dengar ataupun baca ke tengok ke kat facebook kat blog kat mana2 je lah pasal MOVE ON.

Faham tak? Ala move on yang kena lupakan seseorang tu bila dah takde apa2. Alaa macam couple then putus then kena melupakan. Faham dah? Haa ramai lah yang aku nampak sekarang ni. Kebanyakannya ialah perempuan. Senang je lah lelaki, dah putus dapat pengganti terusss. Ops! Teremo pulaks hihi.

Nak dijadikan cerita, aku ni sebagai seseorang yang pernah ada pengalaman yang macam tu, aku nak kongsi kat korang cara2 aku move on. Serious memang susah. Yelahhh bila dah lama kita couple, ada yang bertahun dah pun tup2 satu hari tu kena pulak hidup tanpa dia. Siapa yang tak merana hoi?! Tipu lah kalau okay, mesti tak okay sangatttt.

Mula2 aku pun memang tak boleh blah lahhh. Bukan main menangis macam hape. Sekarang ni pun dah masuk setahun lebih pun Alhamdulillah aku boleh lupakan dia dan jalani kehidupan seperti biasa. Memang susah. Tapi itu bergantung pada diri sendiri. Pada yang lain tu tak sampai setahun dah boleh move on. Yelah semangat kuat dan ada ketebalan hati.

Kalau aku lah, macam2 aku buat untuk hilangkan rasa sedih ni. Gila kau tak sedihhhh HAHA. Semakin hari semakin mudah. Bila aku fikir balik, mungkin ada hikmah Allah bagi ujian ni. Yelah mungkin kalau aku terus couple mungkin badan aku akan terus mengembang? Mana tahu kannn. Yelah dah bahagia, semua ditelan HAHA. Dan aku ingat satu ayat ni PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK DAN PEREMPUAN YANG KURANG BAIK UNTUK LELAKI YANG KURANG BAIK. So sila fikir sendiri, mungkin kita tak cukup baik atau dia bukan terbaik untuk kita. Fikir fikir fikir. Buka sikit kepala otak korang tu. Jangan lah nak ikut perasaan jeee.

Dan bila dalam proses nak move on tu kau jangan lah nak main2 kan perasaan orang lain. Contohnya, kau rasa sunyi dan perlukan teman, so dengan sebab kau sunyi tu kau cari lah siapa2 yang kau nak couple dan kau pun couple atas dasar nak mengubat kesunyian. Tapi sebenarnya kau nak jealouskan ex kau tuu. Apa kejadahhhhhh -,- Ingat sikit, bila kau dah buat orang, satu hari nanti kau akan rasa :)

Haa aktifkan lah diri tu sikittt. Jangan lah asyik nak terperuk je kat rumah. Memang setiap masa kau akan melalak tak tentu pasal. Yelah, dah duduk sorang2, termenung. Samapi bila seyyyyyy. Waste! Buang masa weii. Muda cuma sekali so kita enjoyyyyy!

Aku rasa cara yang paling kukuh dan mujarab ialah dekatkan diri pada Allah. Subhanallah, kita lupa yang kita ada Allah. Kita lupa yang kita bukan bersedih seorang diri. Kita masih ada Allah ye adik2 :) Kau bunuh diri, kau keluar tak tentu hala, kau toreh tangan pakai gergaji pun tak guna lahhh. Ingat Allah. Dalam setiap apa yang kau nak lakukan ingatlah Allah. Aku bukan cakap kosong, aku laluinya sendiri. Kesunyian itu pasti terubat. Minta pada Allah yang kau perlukan pengubat duka, pengisi jiwa. Insyallah Allah akan beri.

Salah kan itu salah kan ini memang tak jadi apa pun -,- Sendiri bermain dengan api kan, pandai2 lah reti2 padam. Tengok diri sendiri. Tak payah nak meratap, merana. Learn from your mistake. Tak terlambat untuk belajar dari kesilapan itu. Perbaiki ia selagi boleh okay :) Aku boleh takkan korang korang tak boleh kan.

Yang penting adalah fikir. Cara pemikiran itu yang penting. Fikir secara waras dan telus. Ingat ye, jangan dilayan perasaan bodoh tu tau :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)