Friday, November 18, 2011

Jangan benci sama kita dongggg

Assalammualaikum

Hai. Memang sekarang musim demam, sakit tekak, batuk dan selsema lah kan. Aku pun tak  terkecuali ni. Nak naik sem baru ni lah nak sakit lah pula. Memang tak kasi aku pergi kelas kot hihi. Okay aku bukan peminat sukan yang setia tetapi bila berkaitan dengan Negara sendiri, semangat tu jadi berkobar2. Korang pun kan? Oh post ni bukan nak promote diri ini lah tapi nak cakap pasal Sukan Sea di Indonesia baru2 ni.

Persaingan memang sengit dan masing2 menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi. Memang lah kita nak Negara kita menang dan bawa balik emas tapi yang tak sedapnya, pihak disana nampak macam anti dengan atlit Malaysia. Ada saja perkara yang mahu menjatuhkan semangat atlit kita.

Baru2 ni perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia. Ramai yang berkumpul kat kedai2 makan, warung2 mamak nak tengok perlawanan yang ditunggu2 ni. Tak terkecuali juga aku tapi aku tengok kat rumah je lah dengan family. Mula2 memang adik aku, Syahrul dah expect yang Malaysia akan kalah sebab sebelum ni tengok Indonesia beraksi memang mantap ditambah pula pemain dia yang laju lari macam lipas kudung. Senang kata, peratus Malaysia nak menang tu memang tipis lah. Tapi aku yakin gile lah Malaysia menang.

Tengok first2 pemain dibawa masuk padang, sekali penyokong Indon yang ada dekat stadium tu pehhhh ramai gileeeeee lebih kurang seratus ribu juga lahhh. Memang penuh stadium tu dengan warna merah. Alaaa aku pun tak henti2 lah kata go Malaysia go Malaysia kuat2 walaupun pemain Malaysia takkan dengar janji beri semangat dan family aku semua tengokkan je sampai adik aku kata “Hai kak, belum mula lagi, yang kau excited beno ni kenapa?” HAHAHAH. Memang semangat ni tinggi lah kalau berkaitan dengan Malaysia, Negara kita ni.

Semasa lagu Negaraku dimainkan, memang aku marah. Sampai pengulas sukan dekat Astro 801 tu pun mengucap panjang dengan sikap penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu Negara kita. Bising bukan main sampai muzik yang dimainkan hampir2 tak dengar. Aku ingat kata2 pengulas tu yang kata ‘Setakat ini, penyokong Indonesia bukanlah tuan rumah yang baik.” Memang pun! Oh mungkin semangat nak menang tu terlalu tinggi sampai tak reti nak hormat Negara lain. Kadang2 semangat mereka kepada Negara mereka sendiri memang aku kagum tapi sayang sokongan sebagai satu rumpun tu takde langsung. Alhamdulillah Malaysia menang 1-0 mengalahkan Indonesia. Terus senyap stadium. Apa dah jadi?

Kata satu rumpun tapi tak nampak usaha kearah itu. Benci betul rakyat Indonesia kepada Malaysia. Salah apa kita kepada mereka? Biasa lah dalam pertandingan untuk meraih kejayaan ada menang dan kalah. Siapa yang menang Alhamdulillah, usaha berbalas dan siapa yang kalah jangan putus asa teruskan usaha. Boleh pula sokong Negara lain bila atlit Negara lain beraksi tapi bila sampai Malaysia diberi kata2 kesat sampai dipanggil Malaysia ni Maling. Bila rakyat mereka datang mencari rezeki disini, kita melayan dengan baik kecuali kepada yang layak dilayan seperti anjing.

Semangat nasionalisme tu sangat baik lagi2 menyokong kejayaan Negara kita tetapi ada batasnya. Jangan sampai persaudaraan terputus dek kerana perangai yang macam budak kecil tu. Jangan complain nanti bila Malaysia jadi tuan rumah, kata kami pula melayan korang macam sampah, nak? Balas membalas bukan cara Malaysia. Macam ni je lah, siapa yang dianiaya atau yang menganiaya, Allah tahu kedudukannya. Jadi sama2 lah kita berdoa supaya dunia terus aman. Majulah sukan untuk Negara!

Hai Awak!

Yang penting aku jatuh cinta dengan dia ni!
Izzaq Faris pemain Malaysia :)))

2 comments:

Korean Style Online said...

Hi..You really have a nice blog.. keep up a good work..
feel free come to my blog  korean clothing online / dress online malaysia. have a nice day..

NS said...

Hey thanks :) I will :))

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)