Tuesday, November 22, 2011

Dibaham Harimau habis-habisan

Assalammualaikum

Hai. Setelah penat bersorak dan menjerit tak ingat orang, tak pandang kanan kiri depan belakang, akhirnya kejayaan berpihak kepada Malaysia. Yeayy!!!! Okay, tahniah Malaysia atas kejayaan mengalahkan Indonesia. Puas hati aku. Itulah kalau asyik nak menganiaya orang, memang itu balasannya.

Mula2 memang lah tak percaya sebab rasanya Indonesia lagi hebat dari Malaysia. Tapi aku kuat lah hati ni cakap Malaysia akan menang. Warna merah memang penuh dalam stadium tu. Warna kuning tu ciput je lahaii. Tapi yang penting semangat dari Malaysia ni tak pernah putus. Izzaq, Syahrul tak dapat join sebab ada injured. Kesian okay boyfriend i yang Izzaq tuuu injured hihi.

Macam biasa lah kalau Negaraku dimainkan memang penyokong Indonesia tak henti2 buat bising dan tak reti nak hormat. Sedangkan lagu negara sendiri pun terkinja2 menyanyi apa lagi nak hormat lagu negara orang kan? So takpe lah. Rakyat Malaysia memang tak hairan dan okay je sebab yang jadi ada balasan. Bakarlah bendera kita, caci lah kita seenaknya janji kejayaan tu dah kita nikmati :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)