Thursday, October 27, 2011

Random

Assalammualaikum

Hai. Apa khabar? Aku sihat, Alhamdulillah.Oh sedang menghabiskan sisa2 percutian semester yang ketiga ni dan Insyallah akan naik semester yang ke empat. Sempena cuti yang berbahagia ni aku tak buat apa pun, duduk rumah dan keluar kalau rasa boring gile. Tapi memang banyak keluar dari duduk rumah -,-

Alhamdulilah. Macam2 yang aku hadapi dan tangani selama hari ni. Orang yang begitu begini, sikap yang macam itu dan ini dan sebagainya. Seriously, buat aku grow up and think forward. Not all I've plan is truly happen. Kadang2 kita tak sangka orang yang kita anggap jahat tu sebenarnya baik sangat. Betul lah kata orang don't judge a book by its cover. Tak semua pengorbanan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan. Yes, aku mengaku statement yang sebelah ni hihi. Jangan mengharapkan balasan kalau dah lakukan sesuatu kebaikan sebab kalau kau mengharap tapi jadi sebaliknya kau sendiri yang akan terluka. You know hurt? Jangan sesekali. Parah.

Aku manusia. Buat silap. Lukakan hati orang. Sampai masa aku minta maaf. So memang aku betul2 maksudkan. Tipu kalau takde buat kesilapan dalam hidup ni. Aku akan belajar dari kesilapan. Aku akan betulkan silap itu dan pastikan takkan berlaku lagi. I'm sure.

Lelaki datang dan pergi. Big HAHA to them. I don't care. Selagi aku hidup aku ada hak nak tentukan hidup aku sendiri. Perasaan tak boleh dipaksa. Mulut diorang? Manis sampai boleh buat bancuh teh. Janji itu dan ini, sumpah berbagai2, konon setia sehidup semati. Kalau dah kata lelaki, boleh ada dua kenapa nak buang satu kan? Silap aku, terlalu menyayangi. So note to self, sayang diri sendiri dulu. Tak semua perkara boleh buat main2. Think firstly before you said anything. Sekasar2 perempuan, hatinya tetap perempuan.

Kawan apatah lagi. Juga datang dan pergi. Tapi kawan2 yang setia itu tetap dihati. Selfish, suka merendahkan orang, mengambil kesempatan terhadap kebaikan, datang bila nak minta tolong pergi bila dah senang, batu api, hipokrit, hilang kawan sebab lelaki, memilih kawan, cakap belakang, semua ni aku dah jumpa. Aku harap takkan jumpa lagi kawan yang sebegini untuk hari2 yang mendatang.

So I'm okay. Alhamdulillah. Aku bebas dari segala perasaan yang aku pendam selama ni. Aku harap takkan ada yang akan kacau hidup aku dan kawan2 aku serta keluarga aku lepas ni. Apa yang korang nak buat, terpulang. Apa yang korang nak jaja cerita ke hulur hilir jaja lah sampai mana pun. Aku cuma mampu gelakkan je lah dan aku percaya dengan kata2 ni 'What goes around comes back around'. Soooo we will seeeee :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)