Friday, August 26, 2011

Nak Aku Bagi Cermin Tak?


Assalammualaikum

Haii makin banyak kerja dan test serta quiz yee. Macam nak pengsan sikit lah kan. Tapi still okay lagi lahh. Aku makin hari makin malas nak belajar lah. Rasa nak quit dan kerja. Lagi lah mengadap kisah2 bodoh kat sini yang menyakitkan hati dan buat aku kecewa. Haishh aku sedih sangat sebenarnya nih. Sedih ni aku tahan lama dah then baru tadi terkeluar. Ntah aku tak sangka serious. Yang sorang perasan cantik dan yang sorang lagi perasan pandai. Ya Allah kenapa diorang paksa aku mengutuk diorang nih? Jangan paksa boleh tak. Takde lah kalau diri tu memang bagus takpe la kan. Ni alahaiii tak bagus mana pun.

Boleh je kalau nak tegur ke bagi pandangan ke tapi agak lah. Tahu pulak malu bila keburukan kau orang jaja sana sini. Konon lah orang tu tak jaga hati kau la ape. Tapi cuba kalau kau, pehh bukan main bajet bagus. Kalau cantik tapi maruah takde tak guna jugak tau. Kalau nak cakap rahsia kau banyak sangat la wei tapi ntah la aku still jugak nak jaga hati kau dan aku fikir maruah kau jugak. Ntah la semakin aku jaga hati dan perasaan orang semakin orang nak pijak aku. Sekarang aku dah tahu mana kawan yang betul dan benar.

Macam ni lah. Kalau orang tak sentuh aku, aku tak sentuh orang. Banyak kali jugak aku perasan kau ni asyik sangat kutuk aku. Aku pakai baju itu ke baju ini ke selekeh ke serabai ke ada ke aku pakai duit kau? Ada aku pinjam baju kau? Ada ke aku amik duit parents kau? Aku rasa takde. Dan aku pun beli apa yang aku mampu je. Kalau dah takde duit ataupun memang tak mampu memang tak payah lah kan nak show off sangat. Akhirnya pakai duit orang. Pinjam duit orang. Tu pun tak sedar2 diri lagi. Tak reti2 nak pulang. Ntah bila la tu nak ganti balik.

Aku memang jadi diri aku sendiri. Bila orang ubah diri dari pakai baju kurung sentiasa ke pakai baju dan seluar tu pun kau kutuk. Aku yang kau kata selekeh ni pun kau nak kutuk jugak. Apa masalah? Kau sorang lah cantik kan? Kau sorang lah yang paling stylo? Alahai kelakar la wei. Pergi kelas macam nak pergi event kat hotel je. Harok wei kau HAHA. Mekap sekilo bagai. Bila tak mekap alahaii muka tu biasa sangat. Takde yang istimewa langsung.

Tolong jangan over. Kau ingat kau pakai kemain bagai tu orang tak kutuk lah? Alahaii salah event kot hoi. Macam pergi toilet dengan pakai baju pengantin. Pelik tak orang tengok? Pelik gile. So tolong lah jangan perasan wei. Ada lagi orang yang cantik dan bermaruah kat sini. Jangan lah bangga diri sangat. Ya Allah aku tak sangka ada kawan macam kau. Sorry lah lepas ni aku dah tak nak amik tahu pasal kau. Yelaa aku kan tak layak kawan dengan kau. Aku tak lah SECANTIK kau. Kau kan CANTIK. Cantik gile wei. Tapi tolong lah bezakan cantik bermaruah dan cantik tanpa maruah.

Kbye!

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)