Friday, August 26, 2011

My Family My Inspiration

Assalammualaikum

Haii Apa khabar semua? Aku baik je. Cuma emosi tak berapa nak stabil lah. Dah masuk hari kesepuluh ni kita puasa. Dah dua angka nih. Tak sabarnye nak raya. Dah dengar lagu raya nih. Baju raya pun dah beli tinggal kasut dan lain2 tu je. Ambooi bukan main lain2 tu hihi.

Ohh kali ni nak bercakap tentang keluarga. Aku taknak bercakap pasal persahabatan sebab apa yang jadi buat aku speechless dan trauma. So aku lebih suka bercakap soal kekeluargaan. Memang selamanya bercakap pasal ni pun aku rela sebab aku punya keluarga yang best dan sporting. Aku patut bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga yang macam ni. Memang aku bersyukur sangat.

Aku ada lima orang adik beradik, aku anak kedua dan aku sorang je perempuan. Tak lah manja tapi boleh dikatakan apa yang aku nak aku akan dapat. Mama dengan ayah tak pernah kecewakan aku dan aku pun takkan kecewakan diorang. So kena lah perform baik kan. Jaga nama keluarga, jaga maruah diri tu yang selalu ayah pesan.

Banyak yang jadi kat aku selama hari ni dan aku selalu kongsi tu dengan parents aku. Tak kira lah akak sedara aku ke cousin ke makcik ke pakcik ke, apa yang aku cerita diorang selalu bagi support dan naikkan semangat aku. Sebab tu aku beruntung dapat keluarga macam ni. Serious kalau aku takde kawan pun, keluarga aku masih ada sayang kan aku.

Aku rapat dengan keluarga aku dan mama dengan ayah selalu kata kalau nak kongsi masalah atau apa pun anggap je mereka tu kawan so tak lah rasa janggal atau pun malu nak berkongsi kan. Tapi aku tahu batasnya. Takkan aku suka2 hati nak panggil kau aku, nak maki2 mak ayah sendiri. Aku tak pernah buat macam tu. Dan aku tak tahu lah dari mana hamba Allah tu dengar aku cakap camtu. AKU RASA LEBIH BAIK DIA JAGA JE KELUARGA DIA SENDIRI DAN BELAJAR CARA TAK TIPU MAK AYAH.

Apa aku buat, dengan siapa aku berkawan, dengan siapa aku keluar, semua mama dengan ayah tahu. Aku bersyukur lah ada mak ayah yang macam ni. Tahu keinginan anak dan pertimbangkan apa yang aku rasa aku nak buat. Diorang tak pernah halang dan aku tak akan menipu diorang. So siapa yang tak puas hati dengan aku dan keluarga aku dah boleh diam okay!

Kbye

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)