Wednesday, July 13, 2011

Jangan Ingat Kau Bagus

Assalammualaikum

Aku demam dah 2 hari. Sedih je ni haa. Tak pernah demam lama macam ni, selalu 1 hari je. Haishh Allah memang betul2 nak uji aku kan. Takpe aku redha je. Hati memang sayu je bila sakit macam ni. Lagi lah duduk kat hostel, family tak depan mata. Niat hati nak je duduk rumah tapi taknak menyusahkan ayah kena hantar balik kan. Lagipun taknak mama risau yang aku ni sakit sebab mama lagi tak sihat sekarang ni. Aku lagi risau mama. Ntah la. Bila sakit ni selalu sangat hati ni tersentuh. Patut la kan kalau orang jaga orang yang sakit, mesti stress je sebab orang sakit ni sensitive.

Thanks kat Hada sebab teman aku pergi klinik. Serious aku dah tak larat sangat. Selalu memang telan panadol je. Memang tak tahan aku terus je pergi klinik. Rasa bersalah pun ada sebab menyusahkan orang kan. Aku yang sakit orang lain pulak yang bersusah payah. Allah je dapat balas jasa kau Hada.

Ntah la aku rasa susah nak ada kawan yang ada masa kita susah. Yang ada pun sikit je. Baru2 ni aku ada la dapat cerita yang memang buat aku sentap plus sangat mengejutkan. Aku diam2 rupanya dia dah bercerita dulu. Sampai sekarang pun kawan aku yang lain tak bagitau kenapa aku lain dengan dia. Dalam erti kata lain kitorang still nak jaga hati dia. WTF kan??

Aku okay je kalau nak buat berbincang. Bukan aku la kalau nak bercerita sana sini. Aku lagi suka terus terang depan2. Cakap depan2 macam tu kan. Lagi senang nak bagi penampar. Ceh gurau je hihi. Okay serious. Aku tak sangka la ada kawan yang macam ni. Aku ingat dia yang palonh okay tapi rupanya dia la yang paling worse nak mampus.

Dia kata aku tak buat kerja? Eh bukan kau je ke yang asyik nak mengarah sana sini tapi kerja kau satu hapak pun tak menjadi. Kau ingat aku tak terasa la bila semua idea aku kau tak pandang langsung. Kau fikir kau PANDAI sangat. Kau kata kau tak confident akan buat perfect bila bekerjasama dengan aku? Kau tak pernah nak bagi peluang kat aku tapi kau seronok la bercerita kat orang yang aku ni macam tu macam ni. Kejam kan kau? Kau tak pernah bagitau yang kau tak setuju dengan sumber yang aku cari tu. Aku tengok kau okay je masa kita sama2 cari isi tapi memang aku tengok kau tak buat kerja apa pun melainkan tergedik2 dengan jantan dan bersuara konon2 manja. Tolonglah!

Sebab tu aku decide luahkan isi hati kat kawan aku tu. Kalau dia tak bagitau memang aku tak tahu la yang kau bercakap pasal aku kat belakang. Memang aku nangis masa tu sebab kau. Kau merendahkan aku. Aku tahu kau ada sebab masukkan budak lain dalam group tu sebabnya aku bodoh kan? Aku tak boleh bagi idea yang bernas. Kau kan pandai sampai repeat 2 paper. Aku tahu kau pandai. Pandai sangat dari orang yang dapat dekan.

Aku ingat lagi kau pernah kata yang budak dekan tu tak payah nak belagak sangat dapat dekan. Masalahnya diorang memang pandai dan tak rugi apa pun kalau diorang berlagak, mungkin Allah akan tarik nikmat tu. Tapi kau? Dah la tak dekan, ada repeat pulak then merendah2kan kawan kau sendiri. Memang tak ah Allah nak bagi kau nikmat tu. Sumpah! Aku tak pernah ada kawan macam kau. Kali ni aku betul2 serious. Takde lagi simpati dan takde lagi kasih saying sebagai seorang kawan untuk kau. Lantak kau la nak salahkan aku ke apa, kau cermin la diri tu sendiri sebelum nak kata orang.

Tolong jangan salahkan kawan2 aku tu yang bagitau semua ni. Sebab kalau diorang tak bagitau memang aku tak tahu yang kau sebenarnya nak kata aku ni useless, dalam erti kata lain kau kata aku ni bodoh. Kawan aku tu even cantik dan pandai serta dekan tu pun tak pernah kata aku bodoh atau pun tak guna. Sebagai kawan, dia bagi aku peluang dan tolong aku betulkan kesilapan diri tapi BUKAN MENGATA AKU KAT BELAKANG DAN MERENDAH2KAN AKU. Okay je kalau kau nak kata yang kau taknak 1 group dengan aku sebab aku pun memang taknak 1 group dengan kau sejak mula lagi. Budak dekan tu pun susah nak berkerjasama dengan kau. See? Budak pandai pun susah nak faham kehendak kau yang rasa kau je sorang yang paling pandai.

Seburuk2 kau aku tak pernah merendahkan kau even ramai yang tak suka dengan cara kau. Tapi aku tak sangka sangat sebelum ni aku selalu pertahankan kau, kau jugak la yang melukakan hati aku kawan. Kau merendahkan aku. Kau bercerita benda yang tak betul. Aku tak sangka. WASTE aku pertahankan kau. WASTE aku jadi kawan kau. WASTE aku bagi kau peluang pasal dulu tu. KAU TAK PERNAH NAK HARGAI AKU. Kau malu kan ada kawan yang bodoh macam aku ni? Aku pun malu ada kawan yang tak tahu malu macam kau.

Sorry. Aku dah tawar hati dengan sikap kau yang tak pernah nak sedar diri tapi keep salahkan orang lain. Pergi la beli cermin, cermin betul2 muka kau. Kata diri sendiri dan betulkan diri sendiri dulu sebelum nak kata orang lain.

Sekian

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)