Friday, June 10, 2011

Susah kalau mulut tu suka memfitnah

Assalammualaikum

Hoi tak payah nak emosi sangat la dot HAHA Mana tak emosi kan kalau hal yang boleh buat aku menyirap. Tak la menyirap sangat tapi ada la sikit hehe Ok kali ni aku serious.

Perlu ke nak menjaja cerita orang sana sini. Nak mengaibkan orang. Hal peribadi orang dicerita kat semua orang. Kalau ye pon benci tu benci la sorang2 jangan sampai nak hasut orang lain. Tak perlu nak jadi kononnya penyelesai masalah. Tak perlu kalau diri tu tak perfect. Berhenti la jaga tepi kain orang. Jaga dulu kain sendiri tu. Betulkan dulu diri sendiri.

Tak perlu nak persoalkan hak peribadi orang lain. Tolong lah. Kalau dah satu mulut buat cerita satu dunia boleh tahu lah. Tolong la fikir. Tolong lah jangan kusutkan keadaan. Ingat senang ke nak pulihkan keadaan dengan cuma meminta maaf? Cakap senang. Tapi orang lain yang rasa. Kan kawan, jangan jatuhkan kawan sendiri. Dia pun tak pernah cari pasal dengan kau. Aku kira dia orang yang baik lah. Semua orang buat silap. Berhenti la buat mulut sana sini. Kalau dah kena batang hidung sendiri jangan tanya kenapa.

Susahkan kalau orang percaya? So sekali orang percaya, janganlah sia2kan. Kalau sekali orang dah tak percaya, memang takkan orang nak percaya lagi. So fikir la secara matang. Tak salah kalau nak tegur sesama sendiri tapi ada caranya. Jangan la sampai memalukan orang pulak. Kalau dah jadi penyimpan rahsia tu simpan la sebaik2nya. Nak2 kalau rahsia tu melibatkan maruah kawan kita sendiri. Sendiri boleh fikir kesannya kalau bercerita pada yang TAKDE KENA MENGENA. Janganlah asyik nak menjatuhkan sesama sendiri. Haishh semua ada kelebihan dan kekurangan.

Kau cerita sana sini, kalau orang yang takde kena mengena tu fikir apa pulak kan pada kawan kau tu. Fikirlah. Semua dah besar. KALAU KENA SENDIRI BAARU PADAN MUKA. Think before you decide :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)