Friday, June 10, 2011

Mati

Assalammualaikum

Apa khabar semua. Harap2 semua sihat ye. Baru je terima berita peninggalan kawan ayah aku semalam. Kata ayah, arwah meninggal masa tengah tidur. Masa tu ayah aku pun ada. Masing2 baru lepas kerja kan masa rehat then duduk ramai2 berbual. Dah penat berbual tu ada yang tertidur, ada yang balik kejap, ada yang sambung kerja kan. Dah  semua puas tidur bangun la kan. Masa tu la kawan ayah aku sedar yang arwah dah takde kat dunia ni lagi. Arwah tertunduk masa tu sebab dia tidur duduk. Bila dongakkan muka arwah dah pucat dah. Innalillahwainalillahirajingun. Arwah sudah kembali ke Rahmatullah.

Mengingatkan peristiwa tu buat aku takut dan sedar. Bila la aku ni nak berubah. Memang taknak lagi berubah tapi takut nak mati tu ada. Aku sangat takut. Ya Allah kalau boleh aku taknak mati masa muda macam ni. Banyak lagi jasa ibu bapa aku yang aku nak balas. Banyak lagi impian aku yang belum terlaksana. Banyak lagi ibadat yang aku wajib lakukan. Banyak lagi.

Sunat kalau kita ingat mati. Memang tu la yang selalu aku ingat. Terfikir kalau aku dah takde kat dunia ni lagi. Ya Allah memang tak boleh bayangkan. Terfikir juga kalau mak ayah aku dah takde kat dunia ni lagi Ya Allah aku memang tak boleh bayangkan. Mungkin aku akan down gila dan ambil masa yang lama untuk pulih kembali.

Macam mana pulak dengan anak2 yang masih kecil yang dah kehilangan ibu bapa. Ya Allah tabah sungguh hati diorang. Aku tak sanggup bila lihat anak2 tu menangis di depan jenazah ibu bapa mereka dan meratap. Ya Allah kesian sungguh. Aku pun turut menangis sama. Besar betul ujian yang Allah beri pada mereka.

Allah lebih sayang kan mereka yang telah pergi itu. Tak semestinya yang hidup ini Allah tak sayang. Dia bagi peluang kat kita untuk bertaubat dan taat padanya. Dia juga masih ingin menguji tahap keimanan kita. Jadi yang hidup ini teruskanlah kehidupan. Jika sakit janganlah mengeluh sebab Allah sayangkan kita dan pinta kita untuk sabar mengharungi ujian itu.

p/s: Al-Fatihah kepada yang kembali ke Rahmatullah :’(

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)