Tuesday, June 7, 2011

Ayah

Assalammualaikum

Baru2 ni parents aku ada banyak dapat jemputan kahwin dan aku pun memang suka la menceburkan diri dalam aktiviti tu kann hihi Yang peliknya penat macam aku pulak yang kahwin padahal aku cuma tolong menyumbangkan suara jee HAHA Ok ok serious sikit. Then aku tiba2 terdetik nak bercerita pasal ayah. Macam takde kena mengena je kan yang aku bebel kat atas ni dengan tajuk entry ni -.-''

Masa akad nikah kan, terutama pengantin perempuan perlu ada wali. Wali yang paling orang kata afdal kan ayah kita sendiri. So sangat berharga dan beruntung la bila ayah kita sendiri wali kan untuk kita. Serious bila aku dapat tahu la kan ada la masa aku pergi jemputan tu ada pengantin perempuan ni lepas ayahnya dah walikan dia masa akad nikah dia tak nak salam ayah dia dan biarkan je ayah dia pergi lepas majlis nikah tu selesai. Ambooii BIADAP sungguh.

Tak semua manusia yang lahir atas muka bumi ni perfect dan tak pernah buat silap. Jangan terlalu fikir diri tu baik sangat. Bila orang nak berubah bagi la peluang. Jangan mengutuk dan sesuka hati menghukum orang tu. Sejahat2 ayah kita, dia tetap darah daging kita dan kita mesti hormat dia. Aku tak tahu la apa salah ayah dia kat pengantin tu tapi bagi aku dah untung la ayah dia nak datang jadi wali. Kalau ayah dia tak datang kan dia sendiri yang malu sebab ada ayah tapi macam takde kan. Bersyukur la dia datang dari jauh nak tengok anak dia kahwin.

Aku sangat touching la bila nampak ayah dia tu berlalu macam tu je lepas akad tu. Tak sempat nak bersalam2. Agaknya hati pakcik tu terguris kan bila anak dia buat macam tu. Kesian aku tengok pakcik tuu huhu Lepas je dia pergi macam2 juga berlaku. Taknak la aku cerita banyak2 sebab macam mengaibkan pulak. Cukup la sekadar aku nak cakap yang jangan la guriskan hati ibu bapa kita. Memang ibu tu insan pertama kita patut utamakan tapi bapa juga sama. Pengorbanan dia memang tak dapat kita balas walaupun tak setanding ibu kita. Sekali hati ayah terguris tak mustahil apa2 saja boleh berlaku yang boleh buat kita menyesal seumur hidup.

Sayang ayah kita ok :)

Ini Encik Zulkainiri Md Ali
Saya juga sayang ayah saya sangat2 :)

1 comment:

NS said...

Ada hamba Allah tu
hishh :(
sayang banyak2 tauu hihi :)

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)