Monday, June 20, 2011

Ayah with LOVE

Assalammualaikum

SELAMAT HARI BAPA! Firstly nak ucap selamat hari bapa kat ayah aku yang hensem lagi bergaya ni hihi Selamat hari bapa, ayah. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Banyak hal dan kenangan yang terjadi antara aku dan ayah. Banyak sangat. Kisah suka duka yang berganda2 tu tak mampu aku nak cerita kalau untuk malam ni. Aku rapat dengan ayah sejak kecil lagi. Aku juga rapat dengan mama. Dua2 aku rapat dan aku tak pernah rahsia apa pun.

Masa aku sakit ayah yang buat semua. Jumpa doktor, buat appoinment dengan doktor, belanja rawatan, atur perjalanan, semua ayah buat. Masa aku terlantar sakit ayah yang ke hulur hilir. Mana ada dia hiraukan orang lain. Pada dia biar lah anak dia ni baik cepat.

Masa aku kecil, ayah yang buaikan aku. Kalau ayah tak buaikan aku nangis. Bila aku nangis cepat2 ayah buaikan walaupun pergi kerja lambat. Kalau aku selalu mimpi ngeri, takut dan terjaga lewat malam, ayah yang akan peluk aku sepanjang malam sampai esok pagi sebab takut aku terjaga lagi.

Ayah tak pernah tidakkan kata2 aku. Dia tak pernah kecewakan aku. Ayah tak pernah downkan semangat aku. Memang mula2 aku banyak kecewakan pasal pelajaran. Tapi aku dah buktikan yang aku boleh, sebab tu ayah selalu penuhi apa yang aku nak. Aku tak ambil kesempatan pun. Aku hargai dia.

Banyak kenangan tu. Aku akan simpan baik2.

Kakak sayang ayah sangat2 walaupun akak jarang cium peluk ayah bila jauh. Kakak tak biasa cakap love you kat ayah. Kakak tak cakap sayang ayah. Tapi PERCAYALAH kakak sayang sangat kat ayah. Ayah selalu ada dalam hati ni. Tak perlu kakak cakap tapi perbuatan kakak pun dah buktikan kakak sayang ayah walaupun belum cukup dengan apa yang ayah dah buat selama ni. Kakak akan buat yang terbaik macam apa yang ayah selalu cakap dan nasihat. Memang selalu bila ayah nasihat kakak buat bodoh je tapi percaya lah kakak pegang rapi nasihat tu dan selalu ingat nasihat dan pesanan ayah tu.

Kakak tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa ayah.

Kakak sayang ayah sangat :')




SELAMAT HARI AYAH :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)