Monday, May 2, 2011

Saka

Aku ada saka?Keturunan aku ada saka?Aku kena jadi pewaris?Aku dah bersedia ke? *ini cuma lakonan.dah boleh berhenti terkejut ye semua HAHAHA

Assalammualaikum

Apa khabar semua?Harap2 dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.Masuk hari ni da masuk hari ke-2 aku bercuti dan bersenang lenang di rumah.ohh sangat heaven. :)

Kali ni aku nak bercakap tentang saka.Banyak kan cerita hantu Malaysia sekarang ni berkaitan dengan saka.Dan aku sangat tertarik tentang pemilikan saka ni.Apa yang aku akan buat kalau perkara tu terjadi kat aku atau pun korang?Cuba fikirkan.

Dengan tak tahu apa2 tiba2 je kena bertanggungjawab diatas saka yang dibela sejak nenek moyang lagi.Rasa adil tak?Kenapa nenek moyang kita yang bela tapi anak cucu dia yang jadi mangsa perlu bertanggungjawab.Aku rasa tak adil dan syirik.Dulu nenek moyang kita terlalu taksub dengan kaedah membela saka ini kononnya nak jaga keluarga tapi sebaliknya membunuh keluarga.

Tapi bila tengok cerita GAIA yang dulu disiarkan kat astro pasal saka jugak tiba2 aku nak pulak ada saka macam GAIA tuu.

Saka moden aku rasa yang bantu tuan dia mengubati penyakit misteri.Saka yang sporting dan comel dilakonkan oleh Zizan.Sangat kelakar dan tak menyeramkan langsung muka dia.HAHA.Saka yang pandai bergaya dan suka buat kelakar.Kalau aku pun nak saka macam tu.Boleh la tolong aku kemas rumah ke,masak ke kann hehe

Ada juga saka yang kita sengaja adakan macam SAKA MALAS haha kan saka jugak tu.yang bagi effect kat kita.Kalau dah malas memang tak jalan la semua kerja kan.Tu saka yang kita rela hati nak ada.So baik salahkan diri sendiri.hehe

So tolong la buang saka yang membelenggu diri masing2.Saka yang aku maksudkan ni saka keturunan tu lah.Ustaz dan orang yang arif kan ada untuk buang benda2 syirik tu.So terletak kat diri sendiri je nak buat keputusan.Jangan salah kan keturunan bila wujudnya saka sebab zaman dulu lain dan kini lain.Tapi ada juga yang percaya benda2 macam tu zaman moden ni.Pelik ==''

1 comment:

rai said...

mira ade saka . patot ah kuat makan . HAHA . oit ade award utk blog mira . amek kat blog akak aeh . muah !

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)