Thursday, May 5, 2011

Privasi

Assalammualaikum

Makin hari makin pendek tajuk entri aku kan. Tapi macam cool kannnn hehe Ohh okayy kali ni nak bercakap pasal privasi. Apa privasi? Aku cuma tau privasi tu macam hal peribadi yang tidak perlu campur tangan orang lain atau dalam erti kata lain takde la orang lain yang boleh kacau hidup dia masa tu. Haaa betul ke tak aku pun tak tahu kannn Cuma tu pendapat aku jeee

Bagi aku privasi ni macam ruang yang aku nak untuk sendiri atau pun nak ada orang teman aku cuma berdua dan tak lebih. Macam nak luahkan masalah atau pun perasaan la kan which mean aku dan dia je yang tahu. Haaa bagus untuk pendengar setia dan penyimpan rahsia yang baik la kannn hehe Bagi aku la kan aku akan pilih someone yang selalu dengar isi hati aku untuk teman aku.

Kadang2 aku lagi suka keluar berdua dari ramai2 bila aku inginkan privasi. Dan teman yang aku akan pilih semestinya perempuan. Seriously, aku tak selesa nak berkongsi hati dan perasaan ni dengan lelaki sebab diorang lelaki akan fikir perempuan ni banyak betul masalah. Aku lagi suka bergurau sahaja dengan lelaki sebab diorang jenis yang tak kisah dan tak mudah merajuk =='' Yela kalau merajuk takdenye aku nak pujuk ye takkk :)

Sampai satu masa tu aku akan ajak sorang je kawan untuk teman aku keluar. So jangan kata aku ni lupakan kawan pulak sebab itu privasi aku yang kadang2 je akan berlaku. Ikut mood laaa Kalau aku sedih dan tak happy aku akan ajak kawan yang rapat dengan aku keluar sama2 beronggeng walaupun aku takkan cakap pasal masalah aku tu. So dengan cara tu aku akan ok sendiri :)

Bukan selalu kita nak privasi kannn Cuma kadang2 jeee Tapi kalau buat facebook dan blog nak privasi jugakk apa kejadahnyeeeeeeeeeeeeee Baik tak payah buat kannn ==''

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)