Wednesday, May 18, 2011

Lelaki

Assalammualaikum

Kali ni nak cakap pasal hal lelaki. Boleh tak boleh tak hehe Boleh je kalau kita nak. Okay bukannya aku nak kutuk ke apa dalam entry ni okay. So jangan nak belasah aku dulu okay.hee

Tadi jadi stalker kejap.hehe Bukan stalker sangat la cuma jenguk2 blog orang kan. Dah takde apa nak buat kan, tu je la yang mampu aku lakukan. Then terjumpa satu blog ni. Blog lelaki la kan. Aku macam tertarik bila dia bercerita pasal 'dia seorang yang sangat penyayang'. Penyayang kat sini macam dia setia dan buat apa saja untuk orang yang dia sayang. Hampir semua post dia la pasal perempuan yang dia sayang iaitu girlfriend dia of course. Tapi malangnya mereka da pun break up. Then lelaki ni sangat kecewa dan masih berharap pada perempuan ni. Aku tak tahu la cerita sebenar dan aku tak tahu siapa betul siapa salah. Takde pulak dia cerita secara terperinci kan. Yang sedihnya kan, baru satu hari break esoknya perempuan tu dah in a relationship dengan  lelaki lain ==''

Kesian je la yang mampu aku bagi kat lelaki itu dan aku macam omg! serious la ada lelaki macam ni lagi kat dunia zaman sekarang nih.

Aku pernah dengar yang perempuan ni sukar difahami dan sangat complicated. Macam tu jugak lelaki ni. Aku pun sendiri susah nak faham. Sebab tu la kot sampai sekarang takde boyfriend ahaks! hehe. Diam laaa Takde kena mengena laaaaaa Okay! Betul la ni like seriously aku tak faham lelaki dan susah nak faham diorang erkk ==''

Lelaki ada blog dan selalu ceritakan keindahan girlfriend dia. Ohhh aku suka wei. Kalau aku la perempuan tu alahaii beruntung mak aihh. Rasa macam dihargai sangat. hee Macam romantik je aawwww! hehe Oh okay serious sikit. Memang la, aku rasa macam dihargai la. Lantak la kalau orang nak kata 'macam kau sorang je ada awek' , 'macam la awek kau sayang kau sangat' , 'macam la cantik sangat awek kau'. Diorang jealous la tu kan. Malangnya, tak semua lelaki macam tu.

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)