Saturday, May 28, 2011

Cerita pasal semester baru

Assalammualaikum

Hoi! Macam tak percaya je da nak start semester yang baru. Haishhh Tak ready lagi sebenarnya cuma tawakal je la ni dulu. Seriously tak bersemangat aku sem nihh Macam hambar je. Aku nak masa lagi la nak ready kan semuanya. Nak pulihkan balik semangat aku.

Pejam celik pejam celik dah semester tiga aku tahun ni. Memang cepat je masa berlalu. Aku pun semakin belum bersedia lagi nak harungi pelbagai rintangan atau pun halangan yang lain. Kasi aku bersedia dulu boleh tak? =='' Cepat gila masa ni berjalan. Kesian la kat aku nih. Banyak persaingan dan cabaran yang baru. Itu buat aku kuat sebenarnya dan aku tak mampu untuk berseorangan.

Semalam pun aku dikejutkan denagn berita yang AKU LAYAK MENDUDUKI KOLEJ. Kat Uitm nun hostel atau pun asrama tu dipanggil KOLEJ. Memang namanya begitu macam kalau asrama perempuan dipanggil KOLEJ SISWI dan juga sebaliknya. Takde kena mengena dengan kolej kat luar tu ok. Dan aku duduk kolej, daftar esok tengahari.

Mungkin ada sebab Tuhan tak beri apa yang aku nak. Ada hikmah semua tu. Tapi aku takkan berhenti meminta dan memohon. Aku tahu Tuhan sentiasa dengar doa aku. Memang semester ni aku down sangat dan tak berpuas hati dengan sikap sendiri. Tapi, semester tiga yang akan datang ni aku akan buat yang terbaik dan tebus segala yang pernah dianggap gagal. Aku juga menangis meratapi kegagalan itu. Tapi aku percaya semua itu ada hikmah. AKU AKAN BUAT YANG TERBAIK!

Now, I've already know why God didn't give anyone special in my heart right now :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)