Wednesday, May 11, 2011

Bumi

Assalammualaikum

Hoi hoi hoi Apa khabar semuaaaaa Hope you guys sihat okayyy :) Ohh hari ini dan saat ini memang kepanasan Malaysia memang tak boleh blahh Panas yang amat kann Ohh dengar cerita ada gempa bumi ke hape la macam tu kan kat Filipina then anginnya bertiup kearah Malaysia so kena la tempias bahangnya. Tapi jangan salahkan bumi, sebab kita la bumi jadi macam ni.

Serious lahhh Memang dah nazak bumi kita nihh Tunggu masa je. Nauzubillah. Cuaca dah tak menentu, suhu terlalu tinggi dan terlalu rendah. Bila masa musim hujan semua merungut kenapa matahari tak datang dan sebaliknya. Nampak sangat manusia ni tak bersyukur. Selalu sangat demand tapi diri sendiri tak berusaha. Buang sampah merata2, cemarkan sungai dengan macam2 benda, pentingkan keuntungan, pentingkan taraf dan sebagainya.

Buat jalan bertingkat2, besarkan jalan selebar2nya tapi banjir tetap terjadi sebabnya itu lahh tak berfikir sebelum bertindak. Aku bukan nak kata aku hebat cuma nak luahkan apa yang aku nampak. Tambak laut sana sini. Sampai pasir dah makan pekerja pun still bersungguh nak tambak lagi banyak. Haa senang kan tak payah ada laut laaa Tambak semua apa yang ada.

Kurang2kan la guna aircond. Berlaku adil la pada bumi. Kurangkan penggunaan elektrik. Jangan pentingkan diri sendiri. Ni haa dah ada pengangkutan awam, guna la seadanya, kurangkan pengeluaran asap kenderaan. Pemandu kenderaan awam pun tolong la jangan amik kesempatan. Aku pernah naik teksi yang dia dah salah jalan tapi tambang macam tu jugak la, ikut tambang yang dia dah salah macam biasanya RM5 then bila dah salah jalan dah jadi RM12. Memang tak bertanggungjawab langsung. Kalau tak pasti tanya lahh. Ni bila nak tunjuk jalan berlagak tahu pulak. Kita orang Malaysia, apa salahnya kalau nak membantu kann Memang kita penumpang tapi tak salah kalau nak tunjuk jalan yang betul kalau pemandu teksi tu dah terpinga2 macam hape.

Tolong la jangan pentingkan diri sendiri kalau pun nak kedepan. Semua berhak tentukan masa depan. Semua berhak bersuara. Tapi kalau semua pentingkan diri sendiri siapa lagi nak jaga bumi kita nih.

Jangan sampai bumi kita pula yang pentingkan diri sendiri :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)