Tuesday, May 24, 2011

Alhamdulillah

Assalammualaikum

Hoi orang kampung! Aku dah sihat laaa :) Dah boleh makan apa yang aku nak tapi still kena control lagi. Tadi pagi baru pergi hospital la jumpa doktor kesayangan yang lagi dicintai. Haa kan da kena bebel sebab dah dua hari kan baru nak jumpa doktor kan. Banyak jugak ubat yang aku dapat. Tak kisah la janji tak sakit lagi hehe. Risau jugak aku sebab kena ambil darah dan cek air kencing semua. Nasib baik takde apa2. Alhamdulillah. Baru je balik dari makan chicken chop bersama kak long tersayang hehe.

Masa aku sakit dua hari tu, memang macam mati hidup semula. Nak makan takde selera. Ada rasa nak makan pun akan tersentak kejap sebab takkan boleh makan punya. Makan je muntah balik. Haishh. Tuhan je tau macam mana aku rasa. Bangun tidur je muntah2, cirit-birit, perut sakit, then dah penat aku tidur. Bila bangun je perkara sama akan terjadi. Tu je la kerja aku masa dua hari aku sakit nih. Ya Allah macam nak mati wei. Banyak sangat aku berdoa cepat2 la Tuhan tarik sakit nih.

Aku takut jugak perkara lama tu terjadi lagi. Perkara apa? Nanti next entry aku cerita okayy. Panjang ceritanyee. So sama2 tunggu okay. Aku nak tengok tv ni da lama sangat terperap kat bilik dan katil nihh hehe ok bye!

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)