Thursday, April 7, 2011

Menarik tentang Dunia

Assalammulaikum.

Hye semuaaaa.sihat tak?Aku Alhamdulillah sihat.Nak share something kat korang ni la kann.Sebenarnya da lama nak buat tapi ni la baru berkesempatan nak share knowledge dengan semua.Ok lepas ni aku akan update post yang boleh buat kita buat sesuatu dan fikirkan sesuatu.Aku ni memang suka baca magazine yang banyak boleh bagi aku knowledge macam tentang kesihatan,kecantikan,fesyen,tips2 menarik dan banyak lagi la yang kadang2 tak terfikir dek akal.

Aku ingat page yang depan majalah tu ada dia bagi perkara yang kita tak terfikir kan dan dari situ aku dapat knowledge.So aku beli majalah bukan suka2 je okayyyy. hee

Tajuk page tu TRIVIA.

1. Bercakap tentang buluh.Buluh telah dikategorikan sebagai lalang tertinggi di dunia yang mampu mencapai sehingga 130 kaki atau lebih. So siapa yang tinggi tu boleh dah panggil mereka tu BULUH :)

2. Gunung tertinggi didunia iaitu Himalaya, akan mengalami peningkatan ketinggian setiap tahun iaitu sebanyak 1/2 inci. Ia terjadi apabila berlakunya akibat pertembungan dua plat benua terbesar di dunia iaitu benua Eropah-Asia (Eurasian) dan benua Indo-Australia yang menekan antara satu sama lain. Aku ingatkan Everest yang paling tinggi kann. Eh cop2 memang semua ni bercakap pasal tinggi je ea..pasal kurus takde? =.=''

3. Pada permainan Binggo yang mempunyai 90 nombor, sebenarnya memiliki 44 juta cara untuk melengkapkannya menjadi perkataan B-I-N-G-G-O. Aku memang suka main benda alah ni masa sekolah dulu. Pantang ada masa sikit meemang membinggokan diri je la kerjanya.So pemenangnya mesti la aku. hehe

4. Masyarakat Eskimo menggunakan kaca mata yang diperbuat daripada kayu untuk melindungi mata mereka dari silauan yang dibias oleh hasil refleks ais dan salji. Nak tahu la macam mana orang sana survive hidup yang dalam kesejukan tu.

5. 70% dari habuk yang terdapat di dalam sesebuah rumah adalah hasil dari kulit mati yang tertanggal dari kulit tubuh badan manusia.

Itu je la yang aku boleh kongsikan buat setakat ni.Aku nak update lagi ni nanti..hehe.Tiba2 rajin nih.hehe.yela nak padamkan kesayuan dihati ni.hahahaha!K bye!

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)