Thursday, April 21, 2011

Cakap tu biar kasi bikin sikit lahhhh

Assalammualaikum

Hello peeps!Apa khabar semua?Aku harap semua baik2 belaka dan rasa gembira sebab da nak final ni macam aku = ='' ohhh according to title kat atas ni, aku cuma tertarik nak kemukan pendapat sebab ada lah beberapa peristiwa yang terjadi depan mata dan aku cuma jadi pemerhati.

TALAM DUA MUKA macam menarik je susun kata perkataan ni kann = ='' Biasa la manusia kan memang macam tu laa. Bila rapat sangat sampai tak boleh nak berpisah tapi bila da bergaduh sana sini mula lah cerita itu ini terbongkar. Tak kira la bercouple ke,dalam persahabatan ke atau pun rakan sekelas dan sekerja. Benda ni berlaku di mana2 dan itu membuatkan aku pelik, kenapa la ada manusia macam ni.

Aku lebih tertarik nak bercerita pasal KAWAN ni.Almaklum laaa saya ni belum ada yang punya lagi so malas nak ungkit benda yang lepas.hehe Aku cuma menyatakan pendapat saja okay. Aku pun tak faham la kenapa ada manusia yang macam ni---> Cakap punya la benci macam hape sampai yang lain kata benci pun dia ikut sama kata benci padahal dia ni takde apa2 masalah dengan dia tu tapi turut sama kata benci. Tapi sampai satu tahap dia dah takde siapa2 lagi kawan dan marah dengan kawan yang lain pasal HAL YANG KECIL so dia pun mengambil keputusan dalam erti kata lain ludah jilat balik dia pun bersama2 rapat dan berkawan dengan insan yang dia benci dan tak suka tu.


Dan aku still tak faham dengan sikap insan seperti itu. Cakap bukan punya main benci macam tak boleh tengok muka langsung tapi aku terkejut la sebab tiba2 dia baik dan rapat seperti aur dan tebing = ='' Ada juga sikap insan yang bila dia buat orang boleh tapi bila orang buat dia tak boleh = ='' (banyak pulak sign = ='' kat post ni kan) Yela,sebab aku confius. Okay cuba korang bayangkan okay DIA BUAT ORANG BOLEH TAPI ORANG TAK BOLEH BUAT DIA dan dia akan rasa sangat marah dan senang2 je la dia kawan dengan insan yang dikejinya = ='' tengok sign aku da keluar lagiiiiii HAHAHA

Kannnnnnnn Kalau da diri tu tak boleh DISENTUH dan rasa sangat TAK SPORTING, tak payah la nak buat kat orang apa2 pun sebab bila orang dah rasa kau tu pun sama buat benda yang sama so diorang rasa kau ni sporting laa. Tak boleh terima bila orang tegur kau.HAHA ni lagi aku tak faham. Kata orang bukan main lagi ish ish ish. Sampai kawan dengan orang yang tak sepatutnya pun takpe lah janji ada kawan. Bestnya jadi macam tu kan. Senang buang kawan,senang caci kawan,senang lupa kawan,senang juga CARI kawan. Sampai tak tegur betahun2 pun takpe janji MARUAH tu tak rasa rendah bila patut MINTA MAAF. Come on laaaa kawan kann dah macam2 dia kongsi semua dengan kau susah senang kau dia ada RAHSIA kau pun ada pada dia dan dia simpan rapi walaupun kau dengan dia dah takde apa2 MUKA lagi. Aku rasa boleh terkejut kawan kau yang lain kalau RAHSIA kau tu dia bongkarkan tapi DIA MASIH ADA HATI nak jaga persahabatan tu.

So fikir2kan lahhhh. Tolong jangan fikir diri sendiri. Boleh juga kalau kau nak fikir diri sendiri tapi jangan libatkan kawan2 kau yang berkorban semua untuk kau. Pergi lah pada KAWAN kau yang ludah jilat balik tu. Moga bahagia hendaknya. Dan aku pun nak tengok jugak DRAMA yang baru bermula ni :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)