Friday, April 15, 2011

Asam Garam KAWAN

Assalammualaikum

Apa khabar semua?Sihat?Alhamdulillah aku sihat. Hari ni ada baca satu artikel pasal KAWAN. Since sekarang ni semua bercerita pasal kawan so aku pun ada la benda nak kongsi. Siapa tak sayang kawan wei. Aku sayang wei..Sayang sangat kawan aku. Tu cerita belakang la kan. Ni nak cerita pasal artikel tu laa. Asam garam berkawan. Beberapa sebab yang boleh merapatkan dan pada masa yang sama boleh mewujudkan salah faham.

KEPENTINGAN DIRI
Memang la kita kena jaga kepentingan diri tapi tak best la kalau dalam bersahabat pun nak pentingkan diri sendiri juga. Fikirlah juga hati sahabat kita tu. Sampai dia je yang asyik nak jaga hati kita sampai bila kan? Kena give and take. Kalau asyik memberi je siapa pula yang nak menerima kan juga sebaliknya.

PERKONGSIAN
Sikap ini juga amat penting ye untuk bersahabat. Tak berkira dalam semua hal. Tapi ada la yang aku nampak kawan dia punya la baik kan tak berkira tapi dia ni ambil kesempatan di atas kebaikan kawannya pula. Contohnya macam ni la kan, kawan dia lapar dan memerlukan makanan hehe then kawan dia pun mengadu la kan kat dia ni sebab lapar tapi dia cuma jawab 'SO??' padahal masa dia lapar atau pun susah pun kawan dia still berusaha nak tolong walaupun kadang2 korbankan diri sendiri. Tak patut tak patut =='

RAHSIA ANTARA
Memang sebahagian perkara tu kena rahsia la kan lagi2 kalau libatkan peribadi yang terlalu peribadi tapi da nama kawan kan boleh je kalau nak kongsi apa2 asalkan kawan tu amanah kalau disuruh menyimpan sesuatu rahsia. Tapi rasa macam marah la kan bila dibelakangkan. Sampai satu masa rahsia tebongkar rasa macam dipinggirkan dan tak layak dijadikan kawan bila dibelakangkan macam tu. Korang pernah rasa?

GURAUAN BERKAWAN
Tak salah juga kalau nak bergurau dalam berkawan tapi ada hadnya. Kalau da sampai mencaci dan merendahkan diri kawan sendiri apa makna gurau tu? Jangan la macam tu kan. Kalau tak boleh terima sesuatu gurauan tu jangan la BERANI NAK BERGURAU MELEBIH pula kalau taknak kena balik. Bila da kena balik tau pula nak meradang bagai. Tu la namanya jangan nak berlagak sporting kalau diri sendiri pun tak dapat terima bila dibuat benda yan gsama.

PILIH KASIH
Ini boleh terjadi kalau berkawan dengan bilangan yang ramai macam 5 orang ke 6 orang ke gitu laa. Ada aje yang terasa dipinggirkan, dibuang, ditendang, dipisahkan. Memang susah kadang2 nak adil tapi cuba la adil dan saksama. Kalau ada masalah jangan la fikir kawan yang lain tak ambil berat atau apa pun. Cerita dulu baru cakap apa pun yang nak dicakapkan.

Soooooooooooo perhatikan betul2 ye kawan2. Tak semua kita buat orang suka. Tak semua kita rasa orang rasa. Tak semua yang kita korbankan orang akan hargai. Pada aku sekali orang buat aku Tuhan boleh tolong aku balas semua. So aku cuma boleh gelak je la bila sampai masa. Have a nice day everyone :)

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)