Tuesday, March 22, 2011

Dua puluh dua mac dua ribu sebelas

Assalammualaikum.

Aku sihat jee.Korang sihat x?Alhamdulillah kalau sihat.Hari ni 22.3.2011.Berapa hari lagi ni nak birthday aku.Cewah!cakap sendiri ni.hehe.Takde laa.Dah nak birthday ni mcm2 lak yg jadi.Yg betul da jadi salah,yg salah jadi betul.Tapi aku tau semua tu ada hikmah.Mungkin Tuhan nak buka mata aku ni nak tunjuk perkara yang betul.Aku rasa semua da selesai.Sekarang ni aku jumpa macam2 jenis orang,macam2 ragam,macam2 sikap.Aku ingat aku kuat,tapi aku tak sekuat orang lain.Aku cepat rebah.Aku cepat penat walaupun pada pandangan mata kasar aku ni kuat dan kental.Aku tak setabah orang lain.Aku tak sehebat orang lain.Yes,aku selalu cakap tak betul,aku tak cantik,aku tak sepandai yang lain.Banyak kelemahan aku.Kadang2 aku tak tahu kat siapa lagi aku nak mengadu.Aku rasa beban kan orang bila dengar masalah aku.Syukur,aku masih ada mama dan ayah serta Allah.Bila kat tempat orang ni aku akan berdiri atas kaki aku sendiri.

Aku dah kata,aku boleh jadi sebaik2 orang dan juga sejahat2 orang.Sekali aku buat jahat orang akan benci aku.Aku nak yang dulu.Aku nak kawan yang macam dulu.Aku nak keadaan macam dulu.Aku nak semua tuh.Aku rindu.Aku rindu masa tuh.Aku memang senang bila nak maki hamun semua tu tapi percaya lah sebenarnya aku tak sampai hati.Aku tak sampai hati nak lukakan hati orang yang pernah aku sayang.Tapi ntah..aku terpaksa untuk dia ingat dan sedar yang aku sayang sangat perhubungan tu.

Awak..awak..Saya rindu kat awak.Saya bersyukur sangat kita jadi kawan.Tapi saya takkan berhenti sayang awak.Saya yakin awak pun ada perasaan yang sama kan..Kalau awak da ada pengganti,awak bagitau la saya,masa tu baru saya akan berhenti sayang awak.Memang hati ni senang sangat minat dan suka kat seseorang tapi percaya lah tu cuma perasaan yang saya perlu ada untuk merawat hati ni.Hati ni takkan sama bila saya suka kat orang lain sebab hati saya tetap untuk awak dan kunci itu ada kat awak lagi kalau awak tak sedar pun.Birthday saya da nak dekat.Dulu masa birthday saya awak mesti jadi orang pertama yg akan wish.Tak kira la masa tu kita bergaduh ke apa,awak still jadi yang pertama.Tahun ni saya tetap nak awak jadi yang pertama dan itu akan jadi hadiah terbaik saya.Saya selalu berharap pada awak. :')

Aku minta maaf kalau sejak2 ni aku guris hati siapa2.Aku terkasar bahasa.Aku termaki.Aku termakan.Aku terpinjam apa2 terutamanya duit.Aku minta maaf.Kadang2 aku tak sedar.Terlalu ikut hati ni.AKU MINTA MAAF!Aku takkan susah kan orang lagi.Masalah aku akan aku simpan sendiri.Aku takkan susah2kan korang dengar luahan hati aku nih.AKU JANJI!aku takkan susah kan sesiapa untuk dengar masalah aku nih.

p/s:memang hari sayu sedunia lah hari nih.

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)