Sunday, March 13, 2011

Berbaktilah pada ibu bapa :)

Assalammualaikum.Baru nak bagi salam ek kau mira.Selama nih main serbu jeee.hee.Hey!kali ni aku nak bercerita pasal ibu bapa la kan..Hari ni baca paper,semalam,kelmarin,minggu lepas,ada je yang derhaka dekat ibu bapa mereka2.Saman menyaman antara anak dan bapa.Anak sisihkan bapa.Anak doakan bapa cepat mati.Nauzubillah.Apa la perasaan diorang kan sanggup buat macam tu.

Walau sejahat mana pun ibu bapa tu diorang tetap ibu bapa kita.Walaupun dulu dia tak treat kita as their children tapi Tuhan tu Maha Berkuasa,pasti ada balasan dengan apa yang diorang buat.Kita sebagai anak berbakti lah dengan diorang tu.Jaga mereka selagi mereka masih ada walaupun mereka sakit tak sembuh2.Tak perlu nak balas dendam bagai.Semua tu tak berguna.Sejahat mana pun ibu bapa kita tu,doa diorang tetap akan dimakbulkan kalau berkaitan dengan anak2 dia nih.So,sebagai anak buat lah bakti yang lebih untuk ibu bapa kita.

Yang sorang sudah senang.Yang sorang lagi sentiasa solat siang dan malam.Yang sorang masih lagi tak belajar dari kesilapan diri.Yang lagi sorang bawa diri sebab dia lah anak sial,dia lah yang tak cantik,dia lah yang dibenci.Tapi kini anak yang dibenci,anak yang dikutuk itu lah yang dicari.Anak itu lah yang diminta simpati.Dunia!Dunia!mana anak yang cantik,pandai,bagus,hebat dulu tu?Mana?kenapa anak yang disayangi dulu bagai menatang minyak yang penuh itu tak dicari?Anak yang sial itu juga yang diminta pertolongan?

Kau berteleku siang dan malam,mencari pahala sana sini,berbuat baik dengan semua orang tapi kau abaikan kebajikan ibu bapa kau.Kau kata kau hanya mengumpul dosa jika berbakti dengan ibu bapa kau.Haishh.Kau kan orang beragama kuat,tak sangka ayat itu yang keluar dari mulut kau.Kau juga lah anak yang disayangi dan dipuja dulu tapi kau tak ingat.Tak ingat yang ibu bapa kau dulu sanggup buat apa pun untuk kau.Sehingga kau belajar tinggi.Tapi kau kini cuma pentingkan diri sendiri.Aku harap Tuhan itu boleh menilai sikap kau itu.

Yang kau ni,tak reti nak sedar ke.Dah hidup susah macam tu pun masih nak pentingkan diri sendiri.Sanggup lihat mak sendiri kebulur tak makan.Nasib baik anak kau tak berperangai seperti kau.Anak kau sembunyi2 bungkus makanan untuk diberi kepada neneknya.Tapi kau??Aku tak faham apa sikap kau ni.Binatang pun tau sayang keluarga.Kau tak ingat ke yang dulu kau anak yang sering dipuja.Kau cantik.Kau hebat.Kau tak ingat ke diorang tu buat apa pun untuk kau??Masih tak ingat lagi??Kau juga yang halau dia sedarah sedaging,anak sial,anak buruk itu dari rumah padahal kau tiada hak nak buat macam tu.Tapi kini kau sendiri yang dihalau oleh mak kau sendiri.Baru kau rasa apa yang darah daging kau itu rasa dulu.

Apa yang jadi ada balasannya.Tolong jangan salahkan jika dia susah nak melupakan sesuatu peristiwa itu.Sebab dia trauma.Dia serik dengan hal itu.Kini dia bahagia.Kan aku da kata,Tuhan tu Maha Adil dan tahu semua perkara.Sekarang cuma aku nak lihat dan tersenyum je pada diorang2 tu.Biarlah dia bahagis sekarang.Biarlah dia bersungguh jaga ibu bapa dia walaupun yang lain tu macam nak tak nak je mengaku ada ibu bapa.Yang lain tu tak payah nak berpura2 caring dan bertanya itu ini.Sebab apa pun yang korang buat aku tetap meluat.Thanks!

No comments:

Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)