Tuesday, January 3, 2017

Move on

Assalammualaikum

Haiii aku dah move on. Ya aku tegur dia dan we clear up everything. Aku cakap apa aku rasa dan dia pun cerita. And end up aku kena move on. Dia yang suruh aku move on. Lapang wei dada dah cakap dengan dia. Rasa lega. Beban dah kurang.

Maksud move on aku ni aku dah taknak dia. Aku nak orang baru. Yang bukan macam dia, yang muka bukan macam dia, perangai bukan macam dia. Alhamdulillah aku dah dapat terima kenyataan.

Thanks to iela dia yang paksa aku untuk tanya terus terang terus. Tak senang wei. Masa masing-masing luahkan perasaan tu aku rasa macam kitorang dulu-dulu lah. Share apa-apa cerita and so on. Hahahahahhaha! Tapi dulu kan. Aku tak boleh sama kan dulu dengan sekarang. Dia dah ada hidup dia sendiri. Macam juga aku. We are stranger now.

Well aku doakan dia bahagia dengan apa je yang dia buat. Same to me. Aku boleh terima orang lain lepas ni. Aminn. Doakan aku ea :)

P/S : sesiapa nak insurans boleh contact aku sini 0177692461. Aku agen prudential bsn takaful ✌🏻️

Monday, August 29, 2016

"ATTACH"

Attach lagi hati aku dengan dia
Malam tadi mimpi dia lagi

Lagi
Lagi

Aku tak ingat pun tapi mimpi dia
Dan seharian aku ingat dia

Apa aku nak buat?

Aku tak boleh terima orang lain lagi
Sebabnya hati aku ni attach lagi pada dia

Apa aku nak buat?

Kalau dia baca ni (tak mungkin kot)
Mungkin dia boleh bagitau aku perasaan dia
Masih ke hati dia dengan aku?
Kena ke aku attach lagi dengan janji kitorang dulu?
Tolong cakap aku tak payah ingatkan dia lagi
Tolong cakap apa yang ada dalam hati tu

Kalau benci cakap benci
Kalau tak suka cakap tak suka
Kalau tak payah tunggu cakap tak payah

Aku akan terima even sakit hati

Sebab aku rasa kalau kau cakap stop aku akan stop

Kita pernah janji takde siapa lagi lepas kita
Maksudnya lepas aku takkan ada siapa lagi yang dapat bahagiakan kau macam aku
Maksudnya lepas kau takkan ada siapa lagi yang dapat bahagiakan aku macam kau

Tu aku ingat sampai sekarang

Dan janji tu terjadi sekarang untuk aku

Tolong lepaskan attachment ni
Aku sendiri tertanya tanya apa rasa kau

Thursday, July 21, 2016

Appreciation

Haiiii lamanyaa tak dengar cerita blog ni hahahahah! super busy macam superman kot! Sekarang iolls dah jadi agen takaful prudential bsn takaful. so sesiapa yang takde takaful lagi boleh lah pm iolls kat nombor ni 017 7692461

Actually tak boleh tidur ni tu yang rajin update.

Aku sedih semalam. Jadi tidur dalam kesedihan sambil airmata mengalir di pipi cehhh hahahah!
Well sedih dengan donia jee. Sedih dengan perangai manusia. Jadi tertidur lah lepas sedih tu.

Pastu kan aku mimpi someone
Dalam mimpi tu dia happykan aku gila gila sampai aku rasa nak duduk je dalam mimpi tu

Tapi bila sedar hmmm mimpi rupanya
Tapi boleh pulak bangun je aku senyum
HAHAHAHAHAHAHA

Padahal mimpi je kan. Mimpi tu jadikan aku happy gile haritu. Lupa benda yang sedih tu.

Well orang yang aku mimpi kan tu memang pernah bahagiakan aku dulu
Gila bahagia sampai susah gile nak dapat lagi orang macam tu sekarang ni
Well aku tinggalkan dia tapi aku juga yang amik masa 5 tahun nak move on
Kelakaaaa hahahahahha!

Aku pernah tak hargai orang
Ego yang buat aku macam tu
Masa tu aku rasa aku betul je semua
Dia buat macam macam untuk aku
Kira macam aku takkan dapat lagi orang sebaik dia
Punya lah dulu aku tak faham dia. nak dia je faham aku
Punya lah dulu nak dia je pujuk aku tapi aku tak pernah tahu bila masa dia terasa hati
Tak peduli langsung hati dia
Dan the worst part aku curang tapi dia tak pernah cakap aku ada lelaki lain. Tak pernah even once!
So bangga lah masa tu dapat sorok kecurangan! Ya Allah
Setiap kali bergaduh aku lah nak putus nak putus. Dia cuma pujuk pujuk. Macam macam cara dia pujuk.

Sampai satu masa tu dia dah lain! Sikap dia lain! Bila aku cakap putus terus dia ambil keputusan untuk putus dan takde pujukan lagi.

Masa tu aku fikir takpe aku ada back up. TAPI sampai sekarang takde siapa lagi yang boleh ganti tempat dia

Dan masa tu baru aku sedar yang aku dah hilang dia

Betapa aku menyesalnya jadi orang yang tak pandai nak hargai

Sampai sekarang aku tak dapat orang yang sayang aku macam dia sayang aku dulu

Macam mana dia protect dan manjakan aku. Aku tak jumpa lagi macam tu

Dia korbankan banyak benda


So korang jangan lah jadi macam aku
Appreciate orang yang korang sayang

Ye aku amik masa 5 tahun untuk move on
Sekarang Alhamdulillah hati dah pulih. Nak terima orang lain.
Kalau ada jodoh ada lah

Untuk dia aku doakan yang terbaik

Kadang tak fikir pun pasal dia tapi dia datang dalam mimpi

Aku harap yang baik-baik je untuk dia

Ikhlas dari orang yang pernah tak hargai kau :)

Monday, October 12, 2015

The Final

Assalammualaikum.
(tiup habuk) woooo lama tak update sini kakkakakaka! maklum lah sejak ada twitter ni. Mesti blog kecik hati dengan aku.

Okay. Tarik nafas, hembus nafas jap

Dia dah ada someone lagi. Aku rasa memang bukan jodoh kitorang kot. Takkan aku nak tunggu 3 tahun lagi. Dia pun dah block aku kat whatsap kot! hahahaha funnehhhh. Sebenarnya penat gak menunggu ni. Menunggu orang yang HAHA takkan datang pada kau. Ye dia datang kejap pastu jumpa yang lain dia pergi. Silap aku gak anggap dia masih perlukan aku. Padan lah dengan muka aku.

Aku bukan jenis yang dah jadi ex then kawan. Tapi dengan dia aku still nak kawan even dah jadi ex. Sebabnya korang fikir lah sendiri.

Tapi sekarang aku decide no for us. Cukup lah. I had enough. Biarlah dia bahagia. Aku juga bahagia dengan cara aku. It's time for me to move on.

Thursday, March 12, 2015

Terima Kasih Dugaan

Assalammualaikum.
Alhamdulillah masih bernafas. Dugaan dugaan dugaan. Banyak dugaan aku sekarang. Aku pun kena sabar sabar sabar. Sekarang pun tengah berusaha untuk tabahkan hati. Aku tahu setiap dugaa ada hikmah, ada sebab.

Allah sedarkan aku mungkin. Enak sangat bersenang lenang. Biasa sangat tersenyum bergelak sakan. Nah amik ujian! Pandai-pandai lah kau handle hahahahahah!

Ya aku sedar. Allah nak dengar rintihan aku. Allah nak aku sujud pada dia mungkin kali ini lebih lama dan kerap. Lebih ingat pada Dia. Dia tahu jiwa aku kosong dan sepi. Jadi Dia buat aku dekat dengan dia melalui ujian. Happy tapi rasa kosong, apa tu?! Aku pernah rasa macam tu. Dan Dia datang kan ujian.

Alhamdulillah aku jadi lebih kuat. Lebih sabar. Lebih tenang. Lebih cool! Sabar tenang. Kau harung je hidup ni walau susah mana pun ujian tu. Kau nak lari mana? Bunuh diri? Ingat boleh lari macam tu je? Kat akhirat sana? Mana nak lari? Boleh lari tapi tergelincir dari landasan dan ke api yang marak Nauzubillah.

Bila orang bunuh diri sebab stress dengan masalah, tak sanggup menghadap hidup yang penuh ujian, aku dapat rasa stress tu. Jadi aku tak heran sebenarnya kalau mereka tu bunuh diri. Tapi yang aku heran, tak terfikir ke mereka, mana nak lari. Ingat bunuh diri boleh lega macam tu je. Ya rasa lega sebab tak perlu menghadap lagi dunia tapi akhirat sana?

Itu lah beza orang takde iman dan ada iman. Bila kita rasa takutnya mati tu, maksudnya Alhamdulillah kita masih ada iman. Rasa sedar diri. Bila mati menghadap Dia tapi takde apa-apa. Allahu malunya.

Jadi sebesar mana dugaan tu, seberat mana pun ujian yang datang, hadapi lah. Meh kita hadap ujian dan dugaan dengan rasa cool dan syukur. Alhamdulillah untuk dugaan :)

Friday, February 13, 2015

why do you still stuck in my mind?

Aku tak layak lagi ke untuk sayang dia?
Tak boleh ke aku dapatkan dia balik?

Memang sekarang kitorang contact, kitorang berhubung. Setiap kali tu juga aku teringat yang dulu. Sedih. It's break my heart.

Lepas dia datang ni memang pasal dia aku fikir. Kebanyakannya semua pasal dia. Soalan tu masih stuck kat kepala aku. Apa dia rasa? Dia ok ke lepas apa jadi antara aku dengan dia? Soalan yang aku nak sangat tahu, dia still sayang aku ke?

At the end, dia juga buat aku tersenyum walaupun kitorang cuma borak kosong. I know every single things yang dia lalui. Memang kitorang tak berhubung lama dulu, tapi apa dia lalui aku tahu. Until now, apa yang dia achieved, aku sentiasa ambil tahu.

Can you answer me?
APA AWAK RASA LEPAS KITA PUTUS?
AWAK OKAY KE LEPAS KITA PUTUS?
APA AWAK RASA LEPAS KITA BERHUBUNG BALIK? AWAK HAPPY?

DO YOU MISSED ME?
DO YOU HAVE SO MUCH TO SAY?
DO I STILL MAKE YOUR HEART BEAT FAST?

Atau dah ada orang lain yang boleh sayang awak macam mana saya sayang awak...sampai sekarang...?

Kita mula kenal 2007
Sekarang dah 2015

I like to tell you about our story. Aku tahu takkan ada yang baca blog aku ni. Sebab tu aku berani luahkan kat sini.

3 tahun kita berhubung sejak 2007. 2010 kita break off. It's break my heart even aku yang minta. I don't want to hurt him. Biar aku luka sorang-sorang and tu terbukti sampai sekarang. 2 tahun awak single macam tu juga saya sama-sama takde pengganti and we keep in touch sampai tahun ketiga dia datang selepas saya. 3 tahun juga awak dengan dia. Aku block dia dari segala pandangan mata aku. Aku buang semua yang dia pernah bagi. Aku buat segalanya nak lupakan dia. 3 tahun tu juga aku tak contact dia langsung.

And you never know how hard I survived when I missed him until it become normal for me.

2014 we met again after 3 years. Masa tu aku happy sangat dan berfikir Tuhan dah kabulkan doa aku. Kita berbual bertanya khabar macam takde apa jadi, macam mula mula kenal dulu :')

Aku tak tahu apa yang buat dia diam tiba-tiba. Beberapa bulan juga kitorang tak berhubung. Tapi apa yang dia achieved aku tahu. Aku ambil tahu semuanya. I'm still his huge fan after all hahahah!

Sampai sekarang dia masih hambar dengan aku. Yah it's break my heart a little bit. aku confuse.

Sampai sekarang juga aku dengan dia tak pernah berjumpa empat mata. it's hard for me. No! I'm not ready!!

Kalau dia cakap dia dah tak ingat aku, dia dah tak sayang aku, dia minta aku stop sayang dia, dia minta aku lupakan dia, THEN WHEN TIMES COME I WILL STOP. Aku janji.

Awak, take care :)

Sunday, January 4, 2015

Ada sebab aku belum move on!

Assalammualaikum.

Haiiii lamanya tak update. Alhamdulillah aku dah bekerja sekarang. Baru je ada satu aset. Alhamdulillah dapat juga merasa.

Sekarang ni musim kawin memang. Buka fb gambar kawin, bukak instagram gambar kawin. Eh korang boleh follow aku kat instagram amirazulkainiri sempat kau promote kikikiki!

Disamping aku buka semua laman sosial tu, terdengar dengar lah ada orang tanya aku tak move on lagi ke.

Gila lah kalau dah. Mesti lah belum.

Aku dengan dia dah tak berhubung. Tapi kami still friends on fb. Aku juga still ada nombor fon dia. Tak tau pulak dia.

Susah nak cakap complicated sangat. Hati aku still pada dia. Macam poyo kan tapi memang betul!

Ada something stuck antara kitorang yang buat aku susah nak move on. Dah nak masuk 5 tahun aku still dengan perasaan ni.

Aku nak sangat dengar something dari dia. Aku nak tahu apa yang ada dalam hati dia. Apa dia rasa lepas kitorang putus. Apa perasaan dia pada aku sekarang ni benci ke menyampah ke. Dan aku nak tahu sangat kenapa dia boleh tergerak add aku balik kat fb lepas dah berapa kali dah aku block dia sebab tak nak nampak dia dan unblock balik lepas aku dah getting better.

Complicated sangat.

Aku cuma jadi stalker terbesar dia je. Aku happy dengan hidup dia sekarang. Aku tengok dia pun happy. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.

Believe me, aku takkan jumpa lelaki yang sayang aku macam mana dia sayang aku dulu.

Aku harap aku dapat tahu atau dengar apa yang selama ni stuck dalam kepala otak aku ni.

Ye betul aku sayang dia lagi

Wassalam!

Wednesday, January 15, 2014

DUNIA TAK ADIL!

Menjerit dalam hati macam mana kecewanya kita pada dunia.
Apa yang kita buat tak dihargai.
Apa yang kita nak tak diberi.

Kadang-kadang terasa putus asa tu menjalar dalam diri.
Betapa kecewanya kita.

Kita sekolah
Kita masuk ipt
Kita dapat markah terbaik
Kita cari kerja
Kita cari kerja yang bersesuaian
Kita diberi gaji yang lumayan

Masih kita tertanya apa tujuan kita di muka bumi ini

BANGKIT!
Perjalanan masih panjang.
Ingat tujuan kita di bumi ini.

Sesungguhnya Allah tu tidak pernah mengecewakan kita


Tuesday, December 31, 2013

Kau Datang

Kadang-kadang aku rasa macam teruja macam tak
Hampir 4 tahun aku tunggu wei
Tiba-tiba kau muncul balik

Sekejap je kita beramah mesra dan bagai bagai
Kau pula tiba-tiba diam

Jangan sangka orang yang sayang kau akan tunggu kau untuk selamanya
Tak usah datang dan pergi

Macam biasa kau diam tanpa cakap apa-apa
Mungkin kau rasa biasa tapi bukan aku

Kalau kau ada yang istimewa selepas ni jaga dia sebaiknya
Jangan datang dan pergi

Satu makhluk mana pun tak suka sikap macam tu

Sunday, June 23, 2013

Seronokkan merendahkan orang?

Assalammualaikum

Hai uolsss. Apa khabar? Aku sihat je. Maklum lah sekarang ni jadi penganggur terhormat. Hari selasa ni baru ada interview. Wish me luck!

Aku rasa duduk rumah ni ya Allah amannya. Happy sangat! Tak kerja pun takpe lah aku rasa. Takde apa-apa masalah pun. I'm free. Tak payah lah menghadap perangai manusia yang entah apa-apa kat luar tu. Buat aku jadi muak.

Well aku cuma nak bagitau tak selamanya kita diatas. Macam aku lah yang selalu diduga oleh Allah. Maklum lah Allah sayang aku. Macam-macam dugaan Dia beri. Salah satunya masa aku masih melanjutkan diploma dulu tu. Sekarang dah habis okay. Alahmdulillah hehe. Yela yang dulu tu, macam-macam dugaan. Masa tu aku rasa Allah dan keluarga aku je yang ada dengan aku. Kawan? hmm ntah macam ada macam takde. Ada lah dua tiga yang merendahkan aku. Yelaa orang tak pandai memang selalu orang pandang sebelah mata je. Masa tu kecewa Allah je tahu. Pada Allah je aku mengadu dan minta ketenangan. Dan aku percaya rancangan Allah tu lah yang terbaik. Aku sabar dan seterusnya sabar.

Sekarang? ALHAMDULILLAH BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH. Menangis aku depan lappy masa tengok result yang terakhir ni. Tak sangka. Dalam sabar-sabar aku, Allah beri apa yang aku nak selama ini.

Aku tengok orang yang selalu merendahkan aku dulu tu hmmm malas lah nak cakap. Korang boleh agak kot. Sekarang dia pula rasa orang merendahkan dia. Well friend, macam tu lah aku rasa bila kau rendahkan aku dulu. Terima kasih juga pada kau, kalau kau tak merendahkan aku, aku tak kan belajar apa itu kesabaran. Now look at yourself. Ingat, tak selamanya kita diatas.

Ada orang tanya aku, tak nak balas dendam ke, cakap padan muka ke sikit jadilah. Tapi nak buat apa? Allah ada. Siapa kita nak berdendam? Siapa kita nak menghukum orang? Biarlah Allah yang adili semuanya. Kita sabar je lah. Besar nikmat sabar ni. Aku dah alaminya sendiri.

Kepada insan-insan yang selalu merendahkan orang atau ada hati nak merendahkan orang tu, bawa-bawa lah sedar. Kita hidup dimuka bumi ni pun cuma pinjaman. Tak payah lah sesuka hati korang merendahkan orang lain. okay?

Sama-sama lah kita bantu sesama manusia.

Byeeee

Wassalam
Hakcipta Amira Zulkainiri sepenuhnya :)